Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian dimeterai SG, Indonesia saling menguntungkan, dapat bertahan lama

Feb 15, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA dan Indonesia telah berunding dengan teliti untuk mencapai kemajuan ketara dalam beberapa isu dua hala, serta memastikan huraiannya saling menguntungkan dan dapat bertahan lama.



Ini dinyatakan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang turut menarik perhatian tentang hubungan baik antara pemimpin kededua negara, yang telah membantu mengatasi isu dua hala berlarutan sejak berdekad lalu.



Dalam Rahat Pemimpin bulan lalu, dua negara itu telah memeterai perjanjian dalam beberapa perkara termasuk pengurusan ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi iaitu penyerahan orang-orang yang diburu.



"Perjanjian ini mencerminkan hasil saling menguntungkan. Ia seimbang, saling memberi manfaat, dan merupakan perjanjian yang boleh tahan lama pada jangka panjang. Ia akan menyediakan asas kukuh untuk memperkukuh lagi hubungan dua hala kami," kata Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam untuk menjawab soalan yang difailkan lapan Anggota Parlimen mengenai perjanjian itu serta kesannya ke atas Singapura.



Encik Teo berkata isu tentang rantau maklumat penerbangan (FIR), ekstradisi dan latihan tentera, telah berada dalam agenda dua hala selama beberapa dekad, dan menghadapi beberapa rintangan dalam tempoh itu.



Bahkan, Encik Teo secara peribadi telah terlibat dalam menangani isu tersebut sejak beliau bekerja bersama Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), dan kemudian sebagai Menteri Kabinet.



Pada 2019, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, menugaskan Encik Teo dan Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan - seorang mantan jeneral yang dikenali Encik Teo - untuk "meletakkan usaha maksimum bagi ehwal itu".



"Kami telah mampu mencapai huraian kerana PM Lee dan Presiden Jokowi kededuanya mempunyai keinginan kukuh menghuraikan isu ini secara muktamad dan baik, berdasarkan rangka kerja yang mereka sokong," kata Encik Teo.



Tambahnya, kededua negara mempunyai perunding yang berkebolehan dan komited.



"Singapura dan Indonesia sedar kami akan selalu berjiran, dan kami akan terus berganding bahu sebagai rakan kerja.



"Tetapi faktor paling penting dalam memastikan Singapura berada dalam kedudukan kukuh dalam mana-mana perundingan, adalah untuk mempunyai pemerintah yang kuat, berfikiran jelas, boleh dipercayai dan berkebolehan serta disokong rakyat bersatu padu.



"Kepercayaan dan perpaduan rakyat kamilah yang membantu kami menjalankan perundingan dengan konsisten dan yakin," ujar Encik Teo.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, pula berkata perjanjian itu telah menyediakan asas kukuh bagi kerjasama lebih rapat dalam penerbangan dan bidang lain antara Indonesia dan Singapura.



Perjanjian FIR khususnya akan memberi manfaat kepada sektor penerbangan kededua negara, dan juga di peringkat antarabangsa, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >