Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian dua hala tidak ancam peluang kerja warga S’pura: Heng Swee Keat

Aug 23, 2020 | 11:52 PM



 



Perjanjian dua hala yang dimetrai Singapura dengan negara lain tidak mengancam peluang pekerjaan untuk warga Singapura, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Ahad  (23 Ogos).



Menjawab kritikan tentang bagaimana perjanjian dagangan bebas atau perjanjian kerjasama ekonomi menyeluruh telah menyebabkan Singapura ‘menghakis perlindungan penting bagi (pekerjaan) warga Singapura’, Encik Heng berkata bahawa kenyataan sedemikian adalah palsu.



Namun beliau akur ada orang yang mungkin merasakan mereka seperti warga asing di kawasan perindustrian tertentu, sambil menukil keprihatinan penduduk tentang jumlah ekspatriat yang ramai di Taman Perniagaan Changi - iaitu sebahagian daripada GRC East Coast, kawasan undi Encik Heng sebagai Anggota Parlimen. 



Bercakap dalam satu acara alam maya anjuran penasihat akar umbi kawasan undi itu, Encik Heng menjelaskan Singapura masih mengembangkan kepakaran dalam sektor tertentu dan berdepan dengan kekurangan tenaga kerja dalam teknologi dan pengurusan risiko. 



Tetapi beliau juga meyakinkan rakyat Singapura bahawa terdapat saluran yang bersesuaian - seperti Rangka Kerja Pertimbangan Adil - untuk pemerintah memantau dan mengambil tindakan ke atas syarikat yang memiliki amalan pengambilan kerja berdiskriminasi. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >