Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian ekonomi digital baru dibangun agar S'pura kekal terhubung: Chun Sing

Amalkan dasar sokong dunia inklusif, terhubung dan tidak pentingkan diri sendiri
Jul 27, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA sedang membangunkan generasi perjanjian ekonomi digital baru di luar perjanjian perdagangan bebas (FTA) konvensional sebagai sebahagian strategi negara ini untuk kekal terhubung kepada dunia dalam ekonomi yang sentiasa berubah, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



Menyentuh tentang persaingan antara negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dengan China, Encik Chan berkata Singapura tidak memilih mana-mana pihak tetapi mahu menambah nilai secara membina kepada hubungan dengan negara sedemikian, dan juga negara serantau.



Beliau berkata demikian semasa berucap di seminar global Rajah & Tann Asia bertajuk 'Di Luar Pandemik & Politik: Lihatlah Asia Tenggara dan Dunia' semalam.



Encik Chan berkata negara berusaha menjadi rakan yang berprinsip dan relevan, dan tidak berpihak kepada mana-mana negara.



Beliau berkata Singapura menyokong dunia yang inklusif dan terhubung dan tidak mementingkan diri sendiri, serta bekerjasama dengan rakan berfikiran serupa untuk membina perintah sejagat berdasarkan peraturan bagi perdagangan dan keselamatan.



Singapura juga percaya bahawa jika ia boleh memahami secara mendalam keutamaan pihak lain, sama ada negara kuasa besar atau negara jiran serantau, negara ini boleh menambah nilai kepada hubungan tersebut secara membina.



"Kita tidak boleh bergantung pada lokasi geografi kita, sumber semula jadi atau saiz penduduk bagi kerelevanan. Sebaliknya, kita mencipta kerelevanan menerusi strategi ketersambungan dengan dunia - merentasi dimensi fizikal ketersambungan udara, darat dan laut; dan dimensi bukan fizikal data, kewangan, peraturan, teknologi dan bakat," kata beliau.



Menyentuh tentang Amerika dan China pula, Encik Chan berkata persaingan strategik antara dua negara itu akan kekal sebagai ciri sistem antarabangsa.



Namun, persaingan tidak sama dengan permusuhan, kata Encik Chan, dengan dua negara itu akan bersaing dalam bidang seperti ekonomi dan kewangan, namun juga bekerjasama dalam isu seperti Korea Utara dan perubahan iklim.



Beliau menambah bahawa kemenangan kuasa tidak ditentukan oleh kekalahan pihak lain, tetapi oleh siapa yang boleh meyakinkan seluruh dunia, dan ia akan bergantung pada kuasa contoh mereka dan bukan contoh kuasa mereka.



"Ini bermula dengan isu domestik. Lebih besar kejayaan mereka dalam mengendalikan cabaran domestik masing-masing, lebih besar keyakinan mereka untuk saling berhubungan sebagai rakan kongsi.



"Lebih banyak mereka menghadapi cabaran menyelesaikan cabaran domestik, lebih besar risiko menjadi mangsa penyokong tegar masing-masing yang ingin menggambarkan pihak bertentangan sebagai sumber semua masalah mereka," kata beliau.



Encik Chan berkata dunia akan meneliti secara dekat model pembangunan dan pelaksanaan kuasa dua negara itu, dengan negara-negara kemudian akan bertumpu pada rakan yang sejajar dengan keperluan pembangunan dan kepentingan keselamatan mereka.



Meskipun Amerika dan China membentuk sehingga sepertiga Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) sejagat, Encik Chan berkata baki dua pertiga dunia boleh dan mesti bekerjasama untuk menegakkan dan mengemaskini penyepaduan global demi mengelakkan dunia yang berpecah belah.



Dalam ucapannya itu, Encik Chan turut bercakap tentang geografi perdagangan baru yang ditentukan oleh ketersambungan dan bukan jarak atau demografi.



Beliau berkata pandemik Covid-19 telah mengetengahkan pertimbangan syarikat berbilang negara (MNC) seperti daya ketahanan rantaian bekalan, kepelbagaian pasaran dan rakan boleh dipercayai dalam menentukan pelaburan dan susun atur pengeluaran global mereka.



Selain jarak, pertimbangan yang akan menjadi semakin penting ialah ketersambungan data dan aliran kewangan, pengharmonian peraturan dan piawaian bagi perlindungan hak cipta intelektual, kerahan modal dan kumpulan bakat, dan keupayaan untuk kekal terhubung kepada pasaran sejagat dalam waktu krisis.



"Sebuah ekonomi terhubung secara global akan sentiasa lebih menarik berbanding ekonomi yang dilindungi secara tempatan. Daya ketahanan ekonomi akan datang lebih banyak daripada ketersambungan dan kepelbagaian berbanding kebebasan ekonomi," kata beliau.




"Kita tidak boleh bergantung pada lokasi geografi kita, sumber semula jadi atau saiz penduduk bagi kerelevanan. Sebaliknya, kita mencipta kerelevanan menerusi strategi ketersambungan dengan dunia - merentasi dimensi fizikal ketersambungan udara, darat dan laut; dan dimensi bukan fizikal data, kewangan, peraturan, teknologi dan bakat...

...Sebuah ekonomi terhubung secara global akan sentiasa lebih menarik berbanding ekonomi yang dilindungi secara tempatan. Daya ketahanan ekonomi akan datang lebih banyak daripada ketersambungan dan kepelbagaian berbanding kebebasan ekonomi."

- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >