Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian kereta api laju S'pura-KL dimeterai bulan depan

Nov 15, 2016 | 08:30 AM



SATU perjanjian berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur dijangka ditandatangani pada Dec.



Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan pada Isnin (14 Nov) berkata "Singapura dan Malaysia sedang berusaha ke arah menandatangani perjanjian dua hala" projek itu semasa Rahat Pemimpin pada 5 Disember.



Harian Malaysia, The New Straits Times, melaporkan pada hari sama bahawa majlis menandatangani perjanjian itu akan disaksikan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di rahat tersebut, yang akan diadakan di Johor.



Satu memorandum persefahaman berhubung projek itu ditandatangani pada Julai oleh Menteri Penyelaras Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan.



Ia disaksikan oleh kedua-dua Perdana Menteri.



Projek yang disasarkan siap pada 2026 itu dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >