Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perjanjian menyeluruh, kerjasama rentas Pasifik bawa manfaat ekonomi: Gan

Oct 09, 2022 | 05:30 AM



PERJANJIAN Menyeluruh dan Progresif bagi Kerjasama Rentas Pasifik (CPTPP) telah menghasilkan manfaat ekonomi kepada perniagaan, pekerja dan pengguna, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong.



Perdagangan barangan dianggarkan meningkat daripada AS$467 bilion ($669 bilion) pada 2019 kepada AS$535 bilion pada 2021.



Jumlah itu menunjukkan hampir 15 peratus peningkatan, meskipun dalam tempoh dua tahun itu, dunia dilanda pandemik Covid-19, ujar Encik Gan semasa berucap dalam pembukaan mesyuarat keenam CPTPP di Pusat Konvensyen dan Expo Sands semalam.



Beliau menambah bahawa trend peningkatan serupa juga diperhatikan bagi perdagangan dalam perkhidmatan, yang "didorong oleh perkembangan dalam perkhidmatan digital, terutama untuk perkhidmatan telekomunikasi dan maklumat".



Menurut Encik Gan, CPTPP telah membuat kemajuan sejak ia dimuktamadkan pada Mac 2018.



CPTPP adalah perjanjian perdagangan bebas yang ditandatangani Singapura bersama 10 negara lain termasuk Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru dan Vietnam.



Malaysia adalah negara terkini dan kesembilan untuk menerima pengesahan CPTPP mereka, dengan hanya Brunei dan Chile yang belum berbuat sedemikian.



Encik Gan berkata CPTPP kekal sebagai penanda aras untuk perjanjian perdagangan.



"Peruntukan perdagangan digital CPTPP membentuk asas bagi bentuk perjanjian yang lebih baru seperti Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital (Depa) dan berfungsi sebagai penanda aras rujukan untuk rundingan WTO (Pertubuhan Dagangan Dunia) mengenai Inisiatif Kenyataan Bersama E-dagang," ujarnya.



Perbincangan mengenai ekonomi hijau serta digital telah dipertingkat pada tahun ini, menurut beliau.



CPTPP juga telah mengukuhkan perjanjian strategi dalam kalangan anggotanya, tambah Encik Gan.



"Terharu rasanya melihat semangat setiakawan dan kerjasama sesama anggota CPTPP kerana kami bekerjasama rapat sepanjang wabak ini untuk mengekalkan aliran barangan keperluan dan menangani kelemahan rantaian bekalan.



"Seiring dengan itu, perlindungan ekonomi CPTPP terus berkembang."



CPTPP turut menarik perhatian beberapa negara bercita-cita tinggi, dengan lima permohonan diterima sepanjang empat tahun ini.



Negara itu ialah Britain, China, Taiwan, Ecuador dan Costa Rica.



"Tahap minat yang tinggi ini adalah bukti nilai CPTPP. Ia selanjutnya mengukuhkan perjanjian ini sebagai laluan ke arah Perjanjian Perdagangan Bebas Asia-Pasifik (FTAAP)," tambah Encik Gan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >