SALAM LEBARAN
Perjumpaan Raya bukan di rumah... tapi di restoran, hotel
Jun 25, 2017 | 05:30 AM
LEBIH ramai keluarga di sini kini menempah tempat khas seperti chalet, restoran dan hotel untuk mengadakan perjumpaan Hari Raya pada hari-hari pertama Syawal.
Bagi keluarga ini, acara menghimpunkan sanak saudara di satu tempat ini menjimatkan masa, berbanding amalan kunjung-mengunjung rumah yang bagi sesetengah keluarga lain biasanya dilakukan sepanjang bulan Syawal.