Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkabungan Negara hari ini hingga Ahad

Mar 23, 2015 | 08:42 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong telah mengumumkan satu tempoh Perkabungan Negara mulai hari ini hingga Ahad.


Sebagai tanda penghormatan kepada mendiang Encik Lee Kuan Yew, kesemua bendera negara di semua bangunan pemerintah akan dinaikkan separuh tiang mulai hari ini hingga Ahad (29 Mac).


Satu upacara perkabungan keluarga secara privet akan diadakan hari ini dan esok di Sri Temasek.


Jenazah mendiang Encik Lee kemudian akan diletakkan di bangunan Parlimen mulai lusa (25 Mac) sehingga Sabtu ini (28 Mac) untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir mereka.


Mereka yang ingin memberikan penghormatan terakhir di bangunan Parlimen boleh berbuat demikian mulai 10 pagi hingga 8 malam setiap hari mulai lusa (Rabu) hingga Sabtu ini.


Satu majlis pengurusan jenazah negara akan berlangsung mulai 2 petang pada Ahad (29 Mac) di Pusat Budaya Universiti di Universiti Nasional Singapura (NUS).


Upacara pengurusan jenazah negara itu akan dihadiri oleh keluarga mendiang Encik Lee, kakitangan, Presiden Encik Tony Tan, para menteri Kabinet, Anggota Parlimen (AP), mantan ahli politik, kakitangan awam kanan, pemimpin akar umbi dan warga Singapura dari semua pelusuk usia.


Majlis pengurusan jenazah negara akan disusuli dengan satu upacara pembakaran mayat secara privet di Krematorium Mandai.


Buku-buku serta kad ucapan takziah akan disediakan di hadapan Istana dekat jeriji utamanya mulai hari ini hingga Ahad, bagi mereka yang ingin melahirkan ucapan penghormatan kepada mendiang Encik Lee.


Buku-buku takziah juga akan disediakan di kesemua misi luar negara bagi warga Singapura yang tinggal di luar negara serta rakan-rakan mereka.


Orang ramai boleh melahirkan rasa simpati mereka dan mengongsi memori mengenai mendiang Encik Lee di laman rasmi http://www.rememberingleekuanyew.sg.


Orag ramai boleh menghubungi talian hotline 24 jam di 6336-1166 untuk pertanyaan atau lungsuri http://www.rememberingleekuanyew.sg dan http://www.facebook.com/rememberingleekuanyew untuk butiran lanjut.


Perdana Menteri akan membuat pengumuman negara secara langsung pada 8 pagi ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >