Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SOROTAN KEPENDUDUKAN SECARA RINGKAS

Perkahwinan warga SG berkurang tahun lalu dek Covid-19

Laporan NPTD: Sekatan pandemik juga dipercayai sebabkan bilangan kelahiran warga dan perkahwinan warga dengan pasangan asing berkurangan tahun lalu
Sep 29, 2021 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 menjejas rancangan rakyat Singapura membina mahligai dan mempunyai cahaya mata, dengan jumlah perkahwinan dan kelahiran warga negara ini berkurangan tahun lalu daripada 2019.



Tahun lalu, terdapat 19,430 perkahwinan warga - 12.3 peratus lebih rendah daripada 22,165 perkahwinan pada 2019.



Ini mungkin disebabkan langkah sekatan Covid-19 terhadap perhimpunan beramai-ramai, yang menyebabkan pasangan memutuskan menundakan perkahwinan mereka.



Sementara itu, jumlah bayi warga Singapura yang dilahirkan berkurangan 3.1 peratus - daripada 32,844 pada 2019 kepada 31,816 tahun lalu.



Demikian menurut data dalam laporan Sorotan Kependudukan 2021 oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) dan rakan agensi mengenai trend kependudukan utama Singapura yang dikeluarkan semalam.



Pengurangan terbesar jumlah perkahwinan warga dicatat pada suku kedua tahun lalu, apabila upacara perkahwinan secara fizikal terpaksa ditangguhkan semasa tempoh pemutus litar jangkitan Covid-19 dari 7 April hingga 1 Jun.



Jumlah perkahwinan mula meningkat pada suku keempat apabila sekatan Covid-19 dilonggarkan dan lebih ramai hadirin dibenarkan di upacara dan majlis jamuan perkahwinan.



Bagi perkahwinan warga tahun lalu, usia median pada perkahwinan pertama ialah 30.1 tahun bagi pengantin lelaki dan 28.4 tahun bagi pengantin perempuan, sama seperti 2019.



Jumlah perkahwinan warga Singapura dengan pasangan warga asing tahun lalu kurang daripada satu pertiga, iaitu 30 peratus, lebih rendah daripada 37 peratus pada 2019.



Ini sebahagiannya mungkin disebabkan sekatan perjalanan Covid-19, menurut laporan itu.



Sementara itu, sekitar satu dalam lima, atau 17 peratus, perkahwinan warga terdiri daripada pasangan berlainan bangsa, serupa dengan tahun-tahun sebelumnya.



Terdapat purata 22,700 perkahwinan warga setiap tahun dari 2016 hingga tahun lalu - kurang daripada purata 23,100 perkahwinan setiap tahun sepanjang lima tahun sebelumnya.



Menurut satu tinjauan melibatkan 4,000 warga Singapura pada Jun tahun lalu, tujuh daripada 10 responden berkata pandemik Covid-19 tidak mengubah rancangan mereka mendirikan rumah tangga atau mempunyai anak.



Tinjauan yang ditugaskan NPTD dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) itu juga menunjukkan segelintir responden menundakan perkahwinan dan mempunyai anak disebabkan keprihatinan tentang keadaan kesihatan awam dan ekonomi tidak menentu.



Meskipun ini mungkin menyumbang kepada jumlah kelahiran warga lebih rendah tahun lalu, kebanyakan bayi yang dilahirkan dalam suku keempat dikonseif apabila pandemik mula melanda di sini sekitar Februari, dengan kesan penuh pandemik itu belum dilihat.



Bagi mengurangkan kesan pandemik terhadap kadar kelahiran, pemerintah memperkenal Geran Sokongan Bayi yang menyediakan geran tunai sekali sebanyak $3,000 buat pasangan yang anak mereka lahir antara 1 Oktober tahun lalu dengan 30 September tahun depan.



Geran itu diberi di samping Hadiah Tunai Bonus Bayi sedia ada untuk memberi jaminan dan menggalak pasangan meneruskan rancangan mempunyai anak.



Purata 32,500 bayi warga Singapura dilahirkan setiap tahun dari 2016 hingga tahun lalu - lebih sedikit daripada purata 32,400 setiap tahun sepanjang lima tahun sebelumnya.



Kadar kesuburan penduduk pula merosot daripada 1.14 pada 2019 kepada 1.10 tahun lalu.



Infografik:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >