Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkasa ikatan melalui 'Ikrar Keluarga SG'

Apr 28, 2022 | 05:30 AM



KELUARGA tidak tertakluk kepada satu bentuk sahaja dan kadangkala mungkin kurang sempurna, ia tetap sesuatu yang indah, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Cik Sun Xueling.



Gambaran itu disuarakan oleh Cik Sun ketika melancarkan acara Ikrar Keluarga SG kelmarin, yang bertujuan memupuk sikap kekeluargaan yang lebih akrab di kalangan rakyat Singapura.



Beliau, yang juga mengetuai Perikatan untuk Bertindak bagi Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga (AFAM), menarik perhatian bahawa pemerintah sedar bahawa keluarga juga menghadapi cabaran.



"Kami tidak mahu orang ramai memikirkan bahawa Tahun Meraikan Keluarga SG (YCF) ini sebagai meraikan hanya satu model atau satu bentuk keluarga yang lengkap dengan ayah, ibu dan anak yang tersenyum gembira dalam satu potret keluarga," ujar beliau.



Bulan lalu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, telah mengisytiharkan tahun 2022 ini sebagai Tahun Meraikan Keluarga.



Sebelum itu, AFAM yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga pada Ogos tahun lalu adalah sebahagian usaha bagi mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan perkahwinan.



Kegiatannya melibatkan pihak berkepentingan dalam keluarga, rakan kongsi masyarakat dan warga Singapura secara meluas.



AFAM dengan enam bidang tumpuannya, disusun sebegitu rupa untuk menangani cabaran yang dihadapi keluarga, kata Cik Sun.



Ini termasuk peningkatan jumlah kes penderaan kanak-kanak dan penderaan warga emas serta keretakan hubungan ibu bapa-anak.



Sejak dilancarkan, inisiatif AFAM telah melibatkan hampir 300 orang dalam isu-isu sosial utama seperti ibu bapa tunggal dan Akta Penyelenggaraan Ibu Bapa, untuk mendengar kebimbangan dan cabaran mereka.



Empat daripada enam bidang tumpuan itu pula adalah untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh sesetengah keluarga, ujar Cik Sun.



Contohnya, satu daripada bidang tumpuan itu memberikan perhatian menyediakan sokongan bagi keluarga yang mempunyai risiko awal, seperti pasangan yang berkahwin muda, masalah kewangan atau mempunyai ramai anak pada usia muda.



Pasukan untuk bidang tumpuan itu, bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menyediakan program, contohnya, bagi memupuk hubungan hormat-menghormati agar keganasan tidak mendapat tempat di rumah.



Ia juga bertujuan membantu keluarga mengekalkan hubungan apabila orang yang disayangi berada dalam penjara, contohnya, dengan menyediakan bahan maklumat bagi memahamkan kanak-kanak bahawa ibu bapa mereka dipenjarakan.



Selain itu, AFAM memberi tumpuan kepada lima lagi bidang tumpuan, iaitu usaha mendekati keluarga menerusi rakan kongsi masyarakat; sokongan bagi pengantin baru; keibubapaan bersama; sokongan bagi ibu bapa tunggal dan sokongan keagamaan dan keluarga.



AFAM telah melibatkan pertubuhan keagamaan utama merentasi agama yang berbeza untuk mempromosikan persediaan perkahwinan dan program keibubapaan, antara inisiatif lain.



Rakan kongsi komuniti dalam AFAM juga akan membantu mempromosikan ikrar dalam kalangan komuniti mereka.



Antaranya adalah Ketua Pembangunan Belia dan Keluarga, Ustaz Ahmad Khushairi Abidin dari Masjid Darul Ghufran.



Menurut beliau, Ikrar Keluarga SG itu akan diterapkan dalam program perkahwinan Islam.



Katanya lagi, adalah penting bagi pemimpin agama membimbing pasangan supaya mengukuhkan keluarga mereka dan memberikan sokongan melalui tunjuk ajar, kaunseling, dan program-program masyarakat.



"Perkahwinan adalah satu perjalanan untuk seumur hidup dan memerlukan komitmen setiap pasangan untuk berjalan dengan lancar.



"Namun, perjalanan itu tidak akan berjaya tanpa usaha daripada individu dan saya berharap semua pasangan akan manfaatkan ikrar ini," seru beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >