Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkasa pembantu rumah urus wang

Oct 28, 2018 | 05:30 AM



SEBUAH badan bukan pemerintah, Aidha, dibentuk untuk memperkasa dan mendidik pembantu rumah tentang pentingnya ilmu celik wang.



Ia mengadakan kursus setiap minggu di sini.



Pembantu akan diajar bagaimana mengumpul dan menguruskan wang demi memperbaiki masa depan mereka.



Antara topik yang diajar termasuk menetapkan matlamat dan bajet, bagaimana menjimatkan wang, memupuk amalan suka menabung selain mengongsi matlamat mengumpul duit dengan keluarga.



Menurut laman web Aidha, menerusi data mereka, selepas mengikuti modul pertama, peserta berjaya menjimatkan 40 peratus wang mereka setiap bulan.



Kursus yang berlangsung selama enam bulan itu, diadakan dua kali sebulan, pada setiap hari Ahad, sepanjang tiga jam bagi setiap sesi.



Yuran kursus bagi setiap modul enam bulan ialah $200 (selepas diskaun Dana Biasiswa Bank Deustche) dan $150 (selepas diskaun tambahan bagi pelajar yang membiayai diri sendiri).



Untuk keterangan lanjut, lungsuri laman Aidha di www.aidha.org.




Usah Pinjam Dari Pemiutang Haram 



1. Pemiutang haram di Singapura mengenakan kadar faedah tinggi dan akan menjerat anda dalam hutang yang tidak akan pernah selesai.



2. Iklan meminjam duit yang muncul dalam platform kiriman mesej selalunya adalah daripada sindiket pemiutang haram.



3. Jangan beri maklumat peribadi seperti nombor pasport, nombor telefon atau nombor akaun bank kepada orang yang tidak anda kenali.



4. Jangan membalas iklan meminjam duit. Sekat (Block) atau laporkan nombor sebagai 'spam' di WhatsApp atau menerusi aplikasi pihak ketiga.



5. Jangan bekerja untuk pemiutang haram dan menimbulkan kesengsaraan kepada majikan atau mereka yang tidak bersalah.



Hukumannya berat termasuk meringkuk dalam penjara atau dihantar balik ke negara asal.



6. Dapatkan bantuan dan beritahu majikan jika anda berdepan dengan masalah melibatkan wang.



Sumber: PASUKAN POLIS SINGAPURA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >