Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkenal program Senang Senam galak dewasa kekal sihat, aktif

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang ibu dua anak remaja lelaki yang aktif, Cik Syahrizan Mansor, 48 tahun, pernah berdepan dengan ramai golongan dewasa yang terlalu sibuk mengimbangi antara masa bersama keluarga dengan kerja hingga tiada lagi tenaga untuk menjaga diri mereka.



Ini mendorong Cik Syahrizan, seorang karyawan dalam industri media, untuk memulakan dan menerajui program 'Senang Senam'.



Program tersebut bertujuan membantu golongan dewasa yang bekerja serta ibu bapa muda mendapatkan sokongan yang mereka perlukan untuk kekal sihat dan aktif.



Cik Syahrizan telah bekerjasama dengan relawan daripada M3@Jurong, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) dan ActiveSG untuk mengendalikan program itu.



Edisi kedua program itu yang bermula pada 26 Jun lalu di Kelab Masyarakat (CC) Jurong Spring disertai 40 orang yang telah berdaftar bagi program 12 minggu itu.



Finale program itu, yang dianjurkan M3@Jurong, Persatuan Rakyat (PA) serta Rangkaian Sukan Masyarakat (CSN) Yuhua dan Jurong Central, berlangsung di PAssion WaVe @ Jurong Lake Gardens semalam, dengan dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Cik Rahayu yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong menyertai sekitar 100 penduduk termasuk anggota keluarga dan teman peserta program itu.



Mengucapkan syabas kepada peserta program itu, beliau berkata ada di kalangan mereka yang berjaya menurunkan berat badan, dengan ramai daripada mereka juga mengatakan ini satu program yang amat baik dan dapat menggalak mereka menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.



"'Senang Senam'... telah diusahakan M3@Jurong pada mulanya semasa waktu pandemik untuk mengajak penduduk kekal aktif melalui aktiviti bersenam.



"Tapi kini kita juga telah membawa aktiviti ini ke alam fizikal dan juga mengajak mereka untuk melihat bagaimana mereka dapat (mengambil)... berat badan mereka, tekanan darah mereka dan sebagainya untuk memastikan aktiviti yang mereka jalankan bersesuaian dengan keperluan diri mereka.



"Ini juga kita lakukan dengan menggalak mereka melakukan aktiviti ini secara berkumpulan, jadi terdapat sokongan antara satu sama lain, dan setiap minggu ada sajian aktiviti menarik supaya mereka kekal aktif dan bersenam," kata Cik Rahayu.



Sementara 'Senang Senam' disasarkan kepada penduduk Melayu/Islam di Jurong yang berusia 30 hingga 45 tahun, anggota masyarakat lain dari kawasan tersebut juga boleh ikut serta sesi fizikal yang diadakan di Blok 312A Jurong East Street 32 setiap Ahad.



Menurut kenyataan Pejabat GRC Jurong, program 12 minggu itu antara lain termasuk kegiatan seperti latihan litar, kickboxing dan KPopX.



Sesi di alam maya juga diadakan setiap Khamis menerusi Zoom supaya peserta juga boleh bersenam di rumah masing-masing.



'Senang Senam' merupakan sebahagian daripada inisiatif Saham Kesihatan, yang merupakan kerjasama antara HPB dengan rakan kerja masyarakat termasuk M3@Bandar, ActiveSG dan PA.



Saham Kesihatan bertujuan menggalak lebih ramai penduduk Melayu/Islam kekal sihat menerusi kumpulan masyarakat. - ERVINA MOHD JAMIL




"Ini juga kita lakukan dengan menggalak mereka melakukan aktiviti ini secara berkumpulan, jadi terdapat sokongan antara satu sama lain, dan setiap minggu ada sajian aktiviti menarik supaya mereka kekal aktif dan bersenam."
- Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >