Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkhidmatan awam buat penyesuaian, kini perlu lebih tangkas sahut cabaran

Chun Sing: Perlu berusaha lebih gigih, pantas supaya dapat buat persiapan lebih cepat bagi kebaikan negara
Feb 08, 2021 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN awam telah menyesuaikan diri untuk terus berkhidmat kepada warga Singapura sejak pandemik bermula tahun lalu dan ia kini perlu meneruskan usaha tersebut secara lebih tangkas dalam dunia yang pesat berubah.



Ini kerana keadaan geopolitik, ekonomi dan sosial yang tidak menentu bukan sahaja kian genting, malah dijangka berterusan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing.



"Covid-19 adalah contoh baik di mana keadaan berubah begitu pesat dalam tempoh yang singkat.



"Saya akur perkhidmatan awam telah bangkit menyahut cabaran (pandemik) dalam beberapa perkara. Tapi ini tidak bermakna kita tidak membuat kesilapan dalam perjalanan ini," ujar Encik Chan, yang menekankan peri penting perkhidmatan awam yang tangkas supaya kekal berdaya tahan.



"Saya rasa kita telah menunjukkan kita mampu bertindak dengan tangkas, tetapi pada masa yang sama, kita juga ingin memperkukuh beberapa perkara."



Encik Chan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, berkata demikian semasa bertemu wartawan setempat minggu lalu untuk mengimbas pengalaman perkhidmatan awam mengharungi cabaran pada tahun lalu.



Beliau berkata cabaran ini boleh dirumuskan kepada tiga perkara, meskipun ia tidak semestinya cabaran baru, tetapi telah menjadi lebih ketara di tengah-tengah pandemik.



Ini termasuk keadaan tidak menentu yang menjejas geopolitik, rantaian bekalan dalam ekonomi dan masyarakat; persaingan untuk memastikan Singapura terus relevan di dunia; serta kepelbagaian dalam masyarakat.



Encik Chan berkata perkhidmatan awam perlu berusaha lebih gigih dan lebih pantas untuk menyahut cabaran-cabaran ini supaya ia boleh membuat persiapan lebih cepat berbanding pesaing dan menggembleng tenaga pelbagai lapisan masyarakat bagi kebaikan negara.



Beliau memberi contoh jawatan duta jarak selamat yang dimulakan semasa Covid-19 untuk mengingatkan penduduk supaya mematuhi jarak selamat.



Individu yang mendukung jawatan ini bukan sekadar pegawai Enterprise Singapore (ESG) atau pegawai dari sektor awam lain, malah juga pekerja dari sektor privet yang sumber pencariannya terjejas kata beliau.



Namun pegawai dari ESG, yang sebelum Covid-19 sebahagian besarnya berperanan membangun industri, berjaya bekerjasama secara berkesan dengan pekerja dari industri lain seperti penerbangan dan perkhidmatan sosial meskipun mereka mempunyai kemahiran berbeza.



"Ia satu contoh yang amat menarik mengenai apa yang kita perlukan dan memperkukuh keyakinan bahawa ada bakat dan kemahiran yang pelbagai dalam masyarakat," kata Encik Chan.



"Persoalannya ialah bagaimana kita boleh menggembleng tenaga mereka supaya bekerjasama dalam satu pasukan." tambah beliau.




"Covid-19 adalah contoh baik di mana keadaan berubah begitu pesat dalam tempoh yang singkat.

Saya akur perkhidmatan awam telah bangkit menyahut cabaran (pandemik) dalam beberapa perkara. Tapi ini tidak bermakna kita tidak membuat kesilapan dalam perjalanan ini.

Saya rasa kita telah menunjukkan kita mampu bertindak dengan tangkas, tetapi pada masa yang sama, kita juga ingin memperkukuh beberapa perkara."

- Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam Chan Chun Sing.



Laporan lanjut: Usaha dipergiat perluas kemahiran, bina upaya pegawai pemerintah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >