Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT ANAK WATAN

Tidak letih bantu pesalah agar tidak kembali kepada jenayah

Mar 04, 2022 | 05:30 AM



Pegawai Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), juga dikenali sebagai Kapten Kehidupan (COL), memainkan peranan penting dalam membantu pesalah menuju ke arah pemulihan dan pulang ke pangkuan masyarakat. Sejak kempen COL dilancar pada 1999, terdapat perubahan ketara dari segi kadar kebentanan tempoh dua tahun banduan. Pada 1998, 44 peratus banduan yang keluar penjara tahun itu bentan. Pada 2019, jumlahnya berkurangan kepada 20 peratus. Kini, pegawai SPS bekerjasama rapat dengan pakar dan rakan kongsi masyarakat untuk memastikan perjalanan pemulihan berkesan. Berita Harian menemui dua pegawai untuk mengetahui tentang tugas mereka.




TAHUN lalu, Pegawai Pemulihan (RO) Nadzirah Amir Hamzah menerima satu panggilan pada lewat malam daripada seorang bekas pesalah di bawah penyeliaannya di penjara dahulu.



Sambil menangis, bekas pesalah itu memberitahu RO Nadzirah, seorang pegawai integrasi semula kanan (SRO) bersama Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), bahawa beliau menghadapi tekanan disebabkan hubungan dengan pasangannya dan hampir mengambil dadah semula.



Dengan kemahiran yang diraih sepanjang kerjayanya, termasuk daripada latihan mengawal emosi, RO Nadzirah dengan tenang menasihatkan bekas pesalah itu agar tidak berpaling kepada dadah lagi kerana ia hanya huraian jangka pendek yang boleh merosakkan dirinya sepanjang hayat.



Menurut RO Nadzirah, panggilan itu membantu bekas pesalah tersebut daripada terjebak semula ke dalam kancah dadah. Dan pengalaman sebegitu mengingatkan RO Nadzirah, 28 tahun, betapa penting peranan RO dalam mengurangkan masalah kebentanan, yang turut melibatkan usaha di luar penjara.



Semasa menuntut di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), RO Nadzirah menyertai Pasukan Polis Singapura (SPF) sebagai Konstabel Khas Sukarela (VSC) bagi mencari pengalaman bekerja dalam pasukan beruniform dan membuktikan kepada orang tuanya beliau berkebolehan menceburi pekerjaan sebegitu.



Ketika menjadi VSC bersama Pasukan Respons Lapangan (GRF) di Ang Mo Kio, penjenayah muda dan bentan menjadi keprihatinan RO Nadzirah dan mendorongnya mengekang jenayah daripada akarnya agar bekas pasalah tidak bentan.



Apabila menyertai SPS pada 2017, beliau dikerah sebagai pegawai unit perumahan di Institusi A4 Kompleks Penjara Changi, iaitu penjara wanita. Di situ beliau menjalankan pelbagai latihan bagi pesalah, termasuk menetapkan matlamat peribadi dan mengawal emosi.



Beliau sangat terkesan oleh keluhan pesalah yang berkongsi bahawa mereka terjebak dalam dunia jenayah dek masalah bersama kenalan, pasangan dan keluarga.



"Itu satu realiti yang menyebabkan mereka melakukan jenayah sebagai jalan keluar daripada masalah mereka, dan punca mereka bentan selepas menjalani hukuman," katanya.



RO Nadzirah menjadi SRO bagi Skim Tahan Rumah atau Tempat Penginapan tertentu di Komand Pemulihan Masyarakat (COMC) sejak pertengahan 2020. Skim itu salah satu daripada beberapa skim yang membolehkan pesalah pada peringkat akhir hukuman mereka keluar bekerja dan kembali ke tempat tahanan, sama ada di rumah atau pusat tertentu, selepas bekerja.



"Kerja saya sekarang ialah memastikan kemahiran yang mereka pelajari semasa di penjara dapat diamalkan di luar bagi membantu mereka pulang ke pangkuan masyarakat," kata RO Nadzirah.



Beliau juga bekerjasama dengan majikan banduan dan pertubuhan lain, seperti pembimbing kerjaya Reben Kuning, kaunselor penjara dan rakan kongsi masyarakat seperti Persatuan Anti-Narkotik Singapura (SANA) dan pusat khidmat keluarga (FSC) tempatan, bagi memastikan tiada masalah berlaku di tempat kerja atau di rumah yang boleh menjejas pemulihan banduan.



RO Nadzriah juga kerap bertemu pesalah, secara bersemuka atau dalam talian, untuk meniliti perkembangan mereka dan cara mereka mengendali hidup di luar penjara.



"Ada banyak perbezaan antara pemulihan dalam penjara dan luar penjara. Di luar penjara, atau aftercare, keadaannya sangat dinamik. Apa-apa boleh terjadi," katanya. Ini termasuk pesalah menghadapi masalah dengan majikan, bertengkar dengan keluarga atau tidak menerima sokongan daripada sesiapa di luar penjara.



"Orang pernah bertanya adakah kerja saya membuat saya letih kerana tiada jadual tetap? Bagi saya, setiap pekerjaan ada cabarannya dan ia kembali kepada semangat kita dalam menjalankan tugas dengan baik.



"Saya memang gemar berinteraksi dengan mereka (pesalah) dan membantu mereka dalam pemulihan mereka. Dengan itu, saya harap mereka tidak kembali kepada jenayah lagi selepas keluar dari penjara."




PERKHIDMATAN PENJARA SINGAPURA



SEKILAS PERANGKAAN



- Kadar pesalah bentan lepas keluar penjara pada 2019 ialah 20 peratus.



- Bilangan banduan menjalani program pemulihan masyarakat berkurangan kepada 3,402 pada 2021, daripada 3,426 pada 2020



FILEM SPS



- Sempena kempen Kapten Kehidupan, Perkhidmatan Penjara Singapura menerbitkan filem tiga siri mengenai perjalanan banduan daripada peringkat awal hukuman penjara hingga ke pemulihan bertema steps, atau tapak, perjalanan.



- Ia menunjukkan bagaimana Pegawai Pemulihan SPS memainkan peranan membantu banduan dalam pemulihan serta cabaran yang dihadapi banduan di dalam dan luar penjara.



- Filem itu boleh ditonton di saluran YouTube SPS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >