Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkhidmatan TEL mula lebih lewat dari 26 Feb hingga 29 Mei

Feb 12, 2022 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN kereta api di Laluan Thomson-East Coast (TEL) dari stesen Woodlands North ke stesen Caldecott akan bermula lebih lewat, pada setiap Sabtu dan Ahad, mulai 26 Februari ini hingga 29 Mei.



Menurut satu kenyataan bersama oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT semalam, khidmat MRT akan bermula pada 8.00 pagi.



Kenyataan itu berkata bahawa waktu kejuruteraan tambahan itu adalah untuk menyokong ujian sistem bersepadu dan keretapi bagi peringkat satu hingga tiga TEL.



Jadual kereta api harian bagi yang khidmat kereta api pertama dan terakhir tiada perubahan.



Pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas awam sedia ada seperti 162/162M, 167, 855, 856 dan 980 jika ingin meneruskan perjalanan sepanjang laluan TEL.



Mereka juga boleh menggunakan khidmat bas demikian dan tukar ke laluan stesen lain seperti Laluan Utara-Selatan (NSL) atau Laluan Circle (CCL) untuk meneruskan perjalanan mereka menerusi rangkaian kereta api lain.



Pengguna juga dinasihatkan untuk menyemak dahulu perjalanan mereka sebelum bertolak, kata kenyataan itu.



Maklumat boleh didapati di kededua akaun Facebook dan Twitter LTA dan SMRT, serta aplikasi seperti LTA Traffic News, MyTransport.SG dan SMRTConnect.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >