Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkongsian lebih mendalam antara guru pendidikan am dan khas

Program baru Perkongsian Sekolah (Pendidikan Am - Sped) perboleh guru bina keupayaan, pelajar bangun jalinan lebih erat melalui interaksi berterusan, bermakna
Mar 02, 2023 | 05:30 AM



GURU sekolah Pendidikan Khas (Sped) dan Pendidikan Am boleh meraih manfaat daripada perkongsian profesional lebih mendalam untuk mempertingkat keupayaan masing-masing, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.



Langkah itu adalah sebahagian usaha Kementerian Pendidikan (MOE) memperkukuh sokongan bagi pelajar berkeperluan pendidikan khas, tambah beliau semasa perbahasan belanjawan kementerian itu di Parlimen pada Rabu.



Mulai 2023, MOE menggantikan Perkongsian Satelit - yang dilancarkan pada 2007 dan bertujuan bagi sekolah Sped bekerjasama dengan sekolah Pendidikan Am untuk mengendalikan aktiviti pembelajaran bersama - dengan Perkongsian Sekolah (Pendidikan Am - Sped).



Di bawah perkongsian baru itu, guru daripada kedua-dua sekolah akan dapat membina keupayaan satu sama lain menerusi perkongsian profesional, di samping menyediakan pelajar peluang membangunkan hubungan lebih erat melalui interaksi berterusan dan bermakna.



"Pembelajaran profesional bersama sebegini boleh meningkatkan amalan pedagogi dalam bilik darjah, dan mengukuhkan cara guru memudahkan integrasi antara pelajar daripada sekolah rakan kongsi untuk mendidik mereka menjadi pelajar empatetik, yakin dan berdikari," ujar Dr Maliki.



"Kami akan bekerja rapat dengan sekolah Pendidikan Am dan Sped untuk membangunkan perkongsian lebih bermakna dengan mencari sinergi melalui perkongsian hala tuju strategik, tawaran tukikan, atau niche, dan kehampiran lokasi.



Dr Maliki menambah bahawa dua lagi sukatan pelajaran Pengajaran dan Pembelajaran Sped akan dilancarkan tahun ini. Dua sukatan pelajaran baru itu ialah Komunikasi dan Bahasa, dan Pembelajaran Sosio-Emosi.



Sukatan pelajaran Komunikasi dan Bahasa akan memberi penekanan lebih besar mengenai komunikasi dan mengukuhkan perkongsian antara guru dan ahli terapi pertuturan dan bahasa untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran berhubung secara berkesan dengan orang lain.



Sementara itu, sukatan pelajaran Pembelajaran Sosio-Emosi akan memperkenal kemahiran penentuan diri kepada pelajar untuk mengejar aspirasi mereka, dan memupuk keyakinan dan daya tahan bagi menangani cabaran dan perubahan dalam hidup.



"Ini adalah kemahiran hidup yang penting bagi menyokong pelajar berkeperluan pendidikan khas dengan lebih baik dalam mereka beralih ke fasa selepas persekolahan apabila mereka berintegrasi dengan masyarakat luas, membantu mereka hidup berdikari, terus belajar dan bekerja secara produktif," kata Dr Maliki.



Sejak usaha itu dilancarkan pada 2020, tiga sukatan pelajaran Sped - Seni Visual, Kemahiran Hidup Harian, dan Pendidikan Vokasional - sudah diperkenal.



Dalam pada itu, MOE akan memberi lebih sokongan kepada pelajar daripada latar belakang susah.



Rangkaian masyarakat Pasukan Bertindak bagi Memberi Sokongan Kepada Pelajar dan Memberi Inspirasi Kepada Keluarga (Uplift) akan diperluas untuk meliputi semua 24 bandar Pejabat Perkhidmatan Sosial (SSO) di seluruh negara - bertambah daripada 12 SSO buat masa kini.



MOE dijangka menyokong kira-kira 1,300 pelajar dan keluarga mereka tahun ini di bawah inisiatif itu.



"Sedang sistem pendidikan kita berkembang untuk mengikuti perkembangan global, kita mesti memberi tumpuan khusus pada pelajar yang lebih berkeperluan dan memastikan bahawa mereka mempunyai peluang dan daya tahan untuk membesar dengan baik, tanpa mengira titik permulaan mereka dalam kehidupan atau cabaran yang dihadapi," ujar Dr Maliki.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >