PEMERINTAH akan mengambil risiko lebih tinggi yang dikongsi dengan institusi kewangan di bawah Program Pinjaman Mikro (MLP) untuk membantu lebih banyak firma kecil dan sederhana (SME) yang muda mendapatkan pinjaman.
Perkongsian risiko pemerintah akan dinaikkan kepada 70 peratus berbanding 50 peratus sekarang untuk tempoh dua tahun, umum Menteri Kewangan Encik Tharman Shanmugaratnam dalam Belanjawan 2014 semalam.