Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perkukuh dana kesihatan global, tingkat vaksinasi

Keutamaan mendesak kini ialah beri vaksin kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk setiap negara dalam setahun, kata Tharman di sidang WHO
Aug 27, 2021 | 05:30 AM



DUNIA boleh menghadapi pandemik Covid-19 yang berlarutan, dan keutamaan yang paling mendesak adalah usaha memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk setiap negara pada tahun akan datang, kata Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.



Beliau, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, berkata keselamatan kesihatan global kurang dibiayai dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu lebih banyak sokongan untuk mencegah pandemik masa depan yang boleh terjadi pada bila-bila masa.



Encik Tharman berkata demikian dalam satu sidang media bersama ketua pengarah WHO, Dr Tedros Ghebreyesus, di Geneva kelmarin.



Mereka telah membincangkan saranan Panel Bebas Peringkat Tinggi Kumpulan 20 (G-20 HLIP) mengenai Pembiayaan Komuniti Global untuk Kesediaan dan Respons Pandemik, yang dipengerusikan oleh Encik Tharman bersama ketua pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia Ngozi Okonjo-Iweala dan bekas setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat Lawrence Summers.



"Yang jelas adalah pembiayaan keselamatan kesihatan global sangat rendah. Akibatnya kita mudah terjejas terhadap pandemik Covid-19 yang berpanjangan, dengan gelombang berulang menjejas semua negara, dan juga terhadap pandemik masa depan," kata Encik Tharman.



Keutamaan pertama dan paling mendesak adalah melaksanakan rancangan tindakan yang ditetapkan oleh WHO, Dana Kewangan Antarabangsa dan rakan berbilang hala mereka untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk setiap negara pada tahun depan, katanya.



Panel tersebut mengeluarkan cadangannya bulan lalu, dan kini sedang dipertimbangkan secara aktif menjelang pertemuan dan sidang kemuncak menteri G-20 pada Oktober.



Covid-19 bukanlah bencana sekali, kata Encik Tharman. Satu cara baru untuk memikirkan kerjasama antarabangsa diperlukan untuk beralih daripada bantuan asing bagi membiayai keselamatan kesihatan global, kepada pelaburan strategik yang harus dibuat untuk kebaikan masyarakat global.



Pendekatan berbilang hala juga harus diperkukuh dengan meningkatkan sokongan terhadap WHO, menetapkan semula tujuan institusi kewangan antarabangsa, dan mewujudkan mekanisme pendanaan berbilang hala baru untuk keselamatan kesihatan global, tambahnya.



G-20 HLIP telah mengusulkan untuk meningkatkan pembiayaan berbilang WHO dengan menaikkan sumbangan berdasarkan penilaian, yang merupakan bayaran yang perlu dibuat oleh negara untuk menjadi anggota pertubuhan antarabangsa.



Pembiayaan bagi kebaikan awam global untuk ketahanan terhadap perubahan iklim dan keselamatan pandemik harus dijadikan sebahagian daripada mandat utama IMF, Bank Dunia dan bank pembangunan berbilang hala yang lain, kata Encik Tharman lagi.



Beliau menarik perhatian bahawa pendanaan bagi kesihatan global buat masa ini dikumpulkan oleh pertubuhan kesihatan global secara individu dan berasingan.



Oleh itu, G-20 HLIP telah mencadangkan penubuhan Dana Ancaman Kesihatan Global untuk mengumpul sekurang-kurangnya AS$10 bilion ($13.5 bilion) setahun daripada masyarakat antarabangsa.



Jumlah ini, apabila dibahagikan secara adil dan saksama dengan sebilangan besar negara, bermakna sumbangan negara akan membentuk kurang 0.1 peratus daripada belanjawan tahunan hampir semua negara.



Untuk memastikan pengawasan dan pendanaan kewangan yang berkesan, G-20 HLIP juga telah mengusulkan agar lembaga G-20 plus bersikap inklusif merangkumi menteri kesihatan dan kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >