MENGUKUHKAN identiti serta semangat kemasyarakatan penduduk dalam GRC Marsiling-Yew Tee menjadi salah satu keutamaan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Marsiling-Yew Tee.
Ini kerana GRC itu baru dibentuk menyusuli Semakan Sempadan Pilihan Raya bulan lalu dan terdiri daripada penduduk yang sebelum ini disertakan dalam GRC berasingan iaitu GRC Sembawang dan GRC Chua Chu Kang.