Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Perkukuh ikatan, kekal waspada bagi elak pengganasan: PM

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perkukuh ikatan, kekal waspada bagi elak pengganasan: PM

Dec 05, 2021 | 07:57 PM

RAKYAT Singapura perlu terus memperkukuh ikatan sosial dan kekal berwaspada untuk memastikan negara selamat dan dapat menggagalkan serangan pengganasan masa depan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Beliau berkata demikian sempena dua dekad sejak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) melancarkan operasi melumpuhkan rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) di Singapura dalam satu catatan di Facebook pada Ahad (5 Dis).


“Selepas 20 tahun, ISD dan pelbagai agensi keselamatan kekal berwaspada dan responsif dalam menangani ancaman pengganasan yang semakin berkembang.
“Untuk memastikan kita selamat dan dapat menggagalkan serangan pada masa depan, kita mesti terus memperkukuh ikatan sosial kita dan kekal berwaspada sebagai sebuah masyarakat,” kata Encik Lee dalam catatan Facebooknya itu.
Baca laporan penuh laporan khas memperingati 2 dekad penangkapan JI di S’pura pada Isnin (esok).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3