Subuh
5:46
Syuruk
7:05
Zuhur
1:11
Asar
4:29
Maghrib
7:14
Isyak
8:25

Perkukuh nilai, identiti bagi bina daya tahan masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perkukuh nilai, identiti bagi bina daya tahan masyarakat

Shanmugam puji peranan badan Melayu/Islam menyatukan masyarakat perangi ancaman pengganasan
Oct 08, 2017 | 05:30 AM

USAHA memerangi fahaman radikal dan pengganasan kini akan memberi lebih tumpuan kepada membangun nilai dan memperkukuh identiti Singapura meliputi setiap masyarakat setempat.

Ini bagi meningkatkan daya tahan bukan hanya Muslim, tetapi juga penganut agama yang lain agar percubaan memecahbelahkan keutuhan masyarakat Singapura tidak akan mencapai matlamatnya.

Demikian ditekankan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, di Seminar Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Persatuan Ulama dan Guru-Guru Islam Singapura (Pergas) yang dihadiri 270 asatizah di Auditorium Muis semalam.

"Kini tiba masanya memberi tumpuan kepada membangunkan daya tahan masyarakat, peranan cendekiawan agama untuk menyatukan masyarakat, menentang fahaman ekstrem dan menolak amalan yang memecahbelahkan masyarakat.

"Kita boleh menjadi Muslim yang baik, Kristian yang baik, Hindu yang baik... tapi pada masa yang sama hidup bersama dengan bahagia, berinteraksi, menjadi jiran yang baik dan menerima satu sama lain. Bukan hanya bersikap toleran tetapi meraikan persamaan kita.

"Hanya ini sahaja yang dapat memastikan keamanan, apabila serangan berlaku kita tidak mahu masyarakat Cina atau India mengatakan semua Melayu seperti itu. Kita mahu setiap orang bersatu dan menegaskan ini perbuatan kumpulan kecil individu. Saudara Melayu kita adalah sebahagian daripada masyarakat kita," ujar beliau.

Sejajar dengan itu, mulai tahun depan, Encik Shanmugam berkata lebih banyak perhatian akan diberi kepada aspek nilai dan identiti Singapura dan lebih kurang tumpuan pada ancaman pengganasan - yang beliau akur menimbulkan perasaan "kurang selesa" di kalangan sesetengah anggota masyarakat Islam.

Akur, Pengarah Kanan Dasar dan Perkembangan Agama Ustaz Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata Muis ada mendapat maklum balas daripada masyarakat Islam yang berasa tidak selesa dikaitkan dengan pengganasan.

"Tetapi, dengan mesej yang betul, mereka faham perlunya langkah ini bagi menyebarkan kesedaran. Apabila mesej ini disebarkan dalam talian ke anak dan keluarga mereka, mereka dapat memberikan respons dengan wajar dan menyediakan perlindungan pertama bagi anggota keluarga,'' ujarnya.

Encik Shanmugam dalam ucapannya juga memuji usaha pertubuhan Melayu/Islam termasuk Muis, Pergas dan RRG dalam memerangi pengganasan dan ideologi radikal.

Dalam perdebatan di Parlimen minggu lalu, Encik Shanmugam berkata ramai Anggota Parlimen (AP) yang menyentuh keutuhan masyarakat Islam di Singapura dalam memerangi pandangan ekstremis dan mendekati masyarakat lain.

"Ini tidak berlaku secara semula jadi... ia berlaku kerana Muis, kepimpinan Mufti dan Muis, serta pertubuhan Melayu/Islam, Pergas, RRG dan lain-lain. Mereka pergiatkan, membuat sumbangan penting dan berkata apa yang betul dan salah. Ia tidak mudah kerana dalam konteks apa yang berlaku di dunia, ia lebih mudah untuk berdiam diri,'' tambahnya.

Dalam ucapannya, Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, pula berkata asatizah tidak harus hanya menumpukan perhatian menyampaikan maklumat agama tetapi menyebarkan kemahiran relevan yang penting bagi membangunkan masyarakat yang mendapat bimbingan sewajarnya.

Pemikiran kritikal harus dipupuk agar masyarakat dapat membincangkan isu secara objektif serta didedahkan pandangan agama yang pelbagai, tambahnya.


"Awal minggu ini, kita berdebat di Parlimen mengenai satu usul. Ramai AP bercakap, tidak kira bangsa atau agama, untuk kita mengukuhkan dan bersatu menghadapi pengganasan. AP-AP bercakap mengenai kekuatan dan keutuhan masyarakat Islam di Singapura, bagaimana ia meningkatkan usaha menangani ekstremis, meletakkan perlindungan dan mendekati masyarakat lain. Ini tidak berlaku secara semula jadi. Bagaimana ia berlaku? Ia berlaku kerana Muis, kepimpinan Mufti dan Muis, serta pertubuhan Melayu/Islam, Pergas, RRG dan lain-lain. Mereka pergiatkan, membuat sumbangan penting dan berkata apa yang betul dan salah. Ia tidak mudah kerana dalam konteks apa yang berlaku di dunia, ia lebih mudah untuk berdiam diri.''
- Encik K. Shanmugam.


Laporan lanjut: Majalah sebar mesej bahaya fahaman radikal

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3