BAHAS BELANJAWAN: KEMENTERIAN PERHUBUNGAN DAN PENERANGAN
Perkukuh sokongan bagi pekerja, perniagaan untuk raih manfaat daripada ekonomi digital: Iswaran
Mar 05, 2019 | 05:30 AM
WARGA akan mendapat lebih banyak peluang untuk meraih kemahiran berkaitan teknologi infokom (ICT) bagi merebut peluang dalam ekonomi digital.
Ini sedang pemerintah meningkatkan program TechSkills Accelerator (TeSA) yang menyediakan peluang latihan bagi kemahiran digital baru seperti analisis data dan keselamatan siber.