Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlanggaran Pireas-Polaris berlaku sedang kapal Greece bergerak keluar: MPA

Feb 10, 2019 | 06:31 PM



KAPAL Greece Pireas sedang melakukan gerakan untuk keluar daripada had pelabuhan Singapura dekat Tuas apabila ia berlanggar dengan kapal kerajaan Malaysia Polaris, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan (MPA) Singapura hari ini (10 Feb).



Ia menambah bahawa Pireas dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi pelabuhan seterusnya di Tanjung Pelepas, Malaysia, kerana kemalangan yang berlaku semalam itu "tidak dianggap sebagai kejadian nahas laut amat serius di bawah Kod Siasatan Nahas Laut Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO)".



MPA berkata Pireas mengisi minyak di pelabuhan mengisi bahan api (bunkering anchorage) di kawasan timur Singapura di selatan Bedok.



Selepas melakukan demikian, ia mengisytiharkan kepada MPA bahawa ia sedang menuju ke Tanjung Pelepas di Johor. Pada 1.55 petang, Pireas memasuki had pelabuhan Singapura dekat Tuas. 



Kapal itu kemudian bergerak perlahan, menukar arah dan berlanggar dengan Polaris. Kemalangan itu berlaku sekitar 2.30 petang.



“Setelah berhubung dengan Pireas, Pusat Kawalan Operasi Pelabuhan (POCC) MPA mengarah Pireas menjauhkan kapalnya dari kawasan itu. Pada ketika ini, Pireas melaporkan bahawa sebelum menghubungi POCC MPA, ia telah berlanggar dengan Polaris dan tiada kerosakan pada kapalnya," kata MPA.



“Kami menasihati masyarakat perkapalan agar memastikan kapal yang beroperasi dalam Had Pelabuhan Singapura mematuhi peraturan yang dikenakan, termasuk melaporkan gerakan mereka dan berlabuh hanya dalam tempat berlabuh yang ditetapkan,” tambahnya.



Polaris sedang berlabuh apabila insiden itu berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >