Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlembagaan akan dipinda, lindungi takrif perkahwinan: Shanmugam

Aug 23, 2022 | 05:30 AM



SEDANG pemerintah memansuhkan Seksyen 377A, ia juga akan menjadikannya jelas dalam Perlembagaan bahawa adalah hak Parlimen untuk mentakrifkan perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita dan untuk membuat dasar prokeluarga lain atas dasar itu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, semalam.



Ini berbeza daripada menetapkan takrif perkahwinan dalam undang-undang tertinggi negara, tetapi akan menghalang cabaran undang-undang mengenai takrif perkahwinan, tambah beliau.



Komen beliau itu dibuat dalam satu wawancara dengan akhbar The Straits Times dan Lianhe Zaobao, menjelaskan bagaimana pemerintah berhasrat untuk melindungi perkahwinan dan dasar lain sedang ia memansuhkan Seksyen 377A dalam Kanun Jenayah yang menyifatkan seks sejenis antara lelaki sebagai satu jenayah.



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah mengumumkan pada Rapat Hari Kebangsaan kelmarin bahawa undang-undang zaman penjajahan itu, yang dilihat sebagai penanda moral oleh kumpulan konservatif, akan dimansuhkan.



LAPORAN SELANJUTNYA: Parlimen takrif perkahwinan antara lelaki dan wanita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >