Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan dipertingkat bagi pegawai keselamatan

Usulan undang-undang saran denda lebih berat bagi mereka yang ganggu, cederakan pegawai bertugas
Oct 06, 2021 | 05:30 AM



PERLINDUNGAN ke atas pegawai keselamatan kini dipertingkat selepas usulan undang-undang memperkenalkan denda lebih berat bagi mereka yang mengganggu atau mencederakan pegawai yang bertugas telah diluluskan semalam.



Dalam bacaan kedua Rang Undang-Undang Industri Keselamatan Swasta (Pindaan) di Parlimen semalam, Menteri Negara Ehwal dalam Negeri Desmond Tan berkata usulan tersebut bertujuan menangani gangguan yang biasa dihadapi pegawai keselamatan.



"Meskipun sebahagian besar anggota masyarakat awam sedia memberikan kerjasama, masih terdapat kes-kes pegawai yang bertugas diganggu sehingga ada yang diherdik atau dicederakan secara fizikal.



"Tugas seorang pegawai keselamatan membuat mereka lebih terdedah kepada risiko konfrontasi, dan kita perlu memastikan mereka mendapat perlindungan yang cukup di bawah undang-undang," ujarnya.



Menurut Encik Tan, sebanyak 150 kes gangguan terhadap pegawai dilaporkan secara purata setiap tahun, antara 2018 hingga 2020.



Sekitar 40 peratus pegawai keselamatan telah menghadapi gangguan semasa bertugas, menurut tinjauan oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan dan Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) tahun lalu.



Di bawah pindaan Akta Industri Keselamatan Swasta (PSIA) itu, denda lebih berat dikenakan bagi kesalahan mengganggu pegawai yang bertugas, berbanding denda yang dikenakan jika ia dilakukan ke atas anggota masyarakat awam.



Pindaan kepada akta itu antara lain merangkumi Seksyen 17A, yang menetapkan bahawa mencederakan atau menggunakan kuasa terhadap pegawai keselamatan yang menjalankan tugas merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan denda lebih berat.



Mengganggu dengan sengaja atau menyebabkan seorang pegawai keselamatan berasa tertekan juga ditetapkan sebagai kesalahan di bawah Seksyen 17C pindaan itu.



Lebih 13 Anggota Parlimen (AP) telah memberikan pandangan serta saranan mereka bagi rang tersebut.



Antara keprihatinan yang telah diketengahkan semasa perbahasan tersebut, termasuk sama ada wujudnya wadah bagi pegawai keselamatan melaporkan gangguan yang dialami semasa bertugas dengan mudah dan selamat.



Memberikan responsnya kepada pertanyaan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) itu, Encik Tan berkata pegawai keselamatan boleh melaporkan gangguan yang mereka alami kepada pihak polis melalui talian bantuan yang dilancarkan Majlis Industri Sekuriti (SIC) dan kes tersebut akan ditangani Kesatuan Pekerja Sekuriti (USE).



Ia juga boleh dilakukan melalui aplikasi baru yang dilancarkan kesatuan tersebut, tambahnya.



"(Kes-kes) ini perlu dilaporkan kepada pihak polis, dan saya ingin menekankan bahawa pihak polis akan mempertimbangkan semua dakwaan gangguan dan penderaan terhadap pegawai keselamatan secara seimbang dan serius, dan akan terus melakukan demikian," ujar Encik Tan.



Dalam pada itu, satu lagi set saranan yang diusulkan di bawah pindaan PSIA berlatarbelakangkan keperluan terhadap pengiktirafan rasmi perunding keselamatan yang dipimpin industri.



Sebelum ini, mereka yang menyediakan khidmat rundingan keselamatan perlu mendapatkan lesen kerana terangkum di bawah definisi penyedia khidmat keselamatan di bawah PSIA.



Perubahan terhadap PSIA itu akan menghapuskan syarat yang memerlukan mereka mendapatkan lesen dan mengarahkan proses tersebut kepada program pengiktirafan rasmi industri itu sendiri.



Di bawah program tersebut, mereka yang ingin menerima pengiktirafan rasmi itu untuk terus memperbaharui status pentauliahan mereka setiap tahun demi memastikan kepakaran mereka kekal relevan.



"Pasukan Polis Singapura (SPF) mendapati risiko penyalahgunaan kuasa oleh perunding keselamatan dalam melakukan kesalahan berkaitan tahap keselamatan rendah, kerana mereka tidak membekalkan sistem keselamatan sebenar atau mempunyai akses kepada premis untuk memasang atau menyelenggarakan sistem keselamatan.



"Tiada kes penyalahgunaan kuasa dilaporkan dalam tempoh lima tahun sebelum ini," ulas Encik Tan.



Perunding keselamatan yang menyalahgunakan maklumat sensitif diperolehi semasa menjalankan tugas untuk melakukan kesalahan boleh didenda di bawah undang-undang lain sedia ada, tambahnya.




DARI PARLIMEN:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >