Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan insurans lebih menyeluruh termasuk Covid-19 bagi jemaah umrah S'pura

Dec 03, 2022 | 05:30 AM



PARA jemaah yang menjalani umrah bersama 21 ejen penjualan (GSA) umrah di sini akan mendapat perlindungan insurans lebih menyeluruh apabila dijangkiti Covid-19 atau perjalanan terjejas akibat pandemik itu.



Pesakit yang mempunyai penyakit sedia ada yang layak juga tidak akan terkecuali dari mendapat perlindungan.



Ini setelah syarikat ST&T International bekerjasama dengan pengurus insurans, United Overseas Insurance (UOI), untuk memperluaskan lagi Bantuan Perubatan Kecemasan (EMA) Umrah.



"Sejak pandemik Covid-19, keperluan jemaah berubah dan mereka lebih berpengetahuan mengenai apa yang mereka perlukan jika mereka dijangkiti Covid-19 atau perjalanan umrah mereka terjejas akibat pandemik ini. Kami diberitahu oleh GSA bahawa lebih ramai jemaah yang meminta perlindungan lebih menyeluruh dengan mengambil kira gangguan yang boleh berlaku semasa pandemik,'' kata pengarah urusan ST&T, Dr Ammar A. Angullia kepada Berita Harian (BH).



Dibentuk pada 1998, ST&T International didaftar dengan Persatuan Insurans Umum Singapura (GIA) dan penyedia tunggal insurans perjalanan yang memberi pengkhususan terhadap jemaah haji dan umrah bagi negara-negara Asean. Ia merupakan syarikat dibentuk di bawah Shahidah Group of Companies. Sejak 2020, ST&T juga diiktiraf sebagai patuh Syariah oleh Financial Shariah Advisory and Consultancy.



Dalam pakej EMA Perak, jemaah yang dirawat di hospital khusus disenaraikan di Arab Saudi disebabkan Covid-19 akan dibayar sehingga $50,000 bagi jemaah berusia 70 hingga 80 tahun. Jika dikuarantin akibat Covid-19, had maksimum $350 disediakan.



Gangguan perjalanan seperti penundaan atau pembatalan akibat Covid-19 juga mendapat faedah.



Hospital-hospital pilihan di bawah EMA itu ialah AlBayt Medical Center dan Saudi National Hospital di Makkah, dan Al Hayat National Hospital di Madinah.



"Ia bermakna jika mereka dirawat di hospital-hospital itu, pesakit tidak perlu mengeluarkan wang tunai kerana pembayaran diuruskan oleh pihak kami. Kami juga mempunyai kakitangan di sana yang dapat membantu,'' katanya.



Pesakit yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti penyakit jantung dan semput sebelum ini juga akan mendapat perlindungan jika mereka sakit ketika menunaikan umrah.



Pakej perlindungan itu dibeli oleh GSA dan biasanya sudah disertakan dalam kos pakej umrah para jemaah. Ia adalah $175 bagi pakej Deluxe dan $200 bagi pakej Perak yang meliputi perlindungan sedunia termasuk jika jemaah melakukan ziarah ke tempat lain di luar Arab Saudi seperti Baitulmakdis.



Namun, pakej itu disediakan bagi mereka yang berusia dua hingga 80 tahun sahaja. Bagi jemaah yang berusia di atas 80 tahun, GSA boleh memberikan rekod penyakit dan perlindungan diberikan berdasarkan kes.



Antara GSA yang mengambil pakej EMA itu termasuk Jalaluddin Travel & Services, Smiling Travel, Noor Mohamad Services & Travel, Abu Bakar Travel Services dan Hamidah Travel & Tours. Senarai penuh boleh didapatkan di laman ST&T.



"Dengan pembukaan sempadan antarabangsa, lebih ramai jemaah yang menjalani umrah dari seluruh dunia pada akhir tahun ini dan tahun depan. Lantas, perlindungan lebih menyeluruh yang meliputi Covid-19 amat diperlukan,'' tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >