Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07

Perlindungan MediShield Hayat dilanjutkan kepada tiga bidang baru

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Perlindungan MediShield Hayat dilanjutkan kepada tiga bidang baru

Nov 07, 2018 | 03:44 PM

​SKIM insurans kesihatan nasional akan diperluaskan untuk meliputi lebih banyak keperluan kesihatan, umum Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (7 November).

Orang yang mengalami kerosakan usus kronik dan memerlukan pemakanan intravena akan dapat menuntut sehingga $1,700 sebulan dari MediShield Hayat dan juga boleh mengambil tambahan $200 dari akaun Medisave mereka.

Pesakit yang dimasukkan ke hospital masyarakat dari jabatan kecemasan hospital awam kini akan turut mendapat perlindungan.

Mereka yang m​​enderita dua keadaan mengancam nyawa yang jarang berlaku - trisomi 18 (di mana bayi mempunyai kromosom tambahan) dan alobar holoprosencephaly (di mana otak gagal dibahagikan dengan betul ke bahagian kanan dan kiri) - boleh menjalani pembedahan yang dibiayai insurans.

MOH berkata campur tangan pembedahan untuk keadaan tersebut sebelum ini tidak termasuk dalam perlindungan MediShield Hayat kerana rawatan tidak berkesan. 

Tetapi kajian antarabangsa yang lebih terkini telah menunjukkan bahawa campur tangan pembedahan kini boleh meningkatkan mutu kehidupan dan kemandirian pesakit.

Perubahan dalam perlindungan MediShield Hayat tidak akan menyebabkan kenaikan premium, kata MOH, sambil menambah bahawa semakan premium akan dilaksanakan menjelang akhir 2020.

Pesakit yang masih tidak mampu membayar bil mereka selepas subsidi pemerintah, insurans dan Medisave boleh memohon bantuan dari MediFund.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3