Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlindungan MediShield Hayat dipertingkat bagi rawatan barah

Bil ubat, rawatan bagi 90% pesakit luar warga SG yang layak terima subsidi akan ditampung sepenuhnya
Aug 18, 2021 | 05:30 AM



BIL ubat dan rawatan barah luar hospital bagi lebih banyak pesakit warga Singapura akan ditanggung sepenuhnya menggunakan subsidi dan pelan insurans nasional MediShield Hayat, selepas pemerintah menerima saranan menjadikan rawatan barah lebih dimampui di sini.



Bagi tujuan ini, pemerintah akan menambah subsidi bagi lebih banyak rawatan barah dan memperluas subsidi Dana Bantuan Rawatan Perubatan (MAF) kepada lebih ramai pesakit luar warga Singapura dengan menaikkan had gaji dalam syarat kelayakan bagi dana tersebut.



Perubahan ini akan dilaksana pada September tahun depan.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata bil rawatan barah bagi hampir 90 peratus warga Singapura yang menerima subsidi dan menjalani rawatan pesakit luar yang diluluskan akan ditampung sepenuhnya menggunakan subsidi dan MediShield Hayat.



Bayaran bersama, atau co-payment boleh dilunaskan menggunakan MediSave.



Ini berbanding 70 peratus pesakit barah warga Singapura yang pada masa ini tidak perlu membayar bil rawatan barah luar hospital.



Menurut MOH, perubahan ini hanya dilaksana pada September 2022 untuk membenarkan masa yang mencukupi bagi pesakit pada masa ini melengkapkan rawatan yang sedang dijalani dan menyesuaikan pelan rawatan, atau beralih ke rawatan lain yang lebih berkesan daripada segi kos dan layak bagi subsidi dan tuntutan MediShield Hayat di bawah perubahan ini.



Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Koh Poh Koon, berkata:



"Kesan gabungan daripada perubahan ini adalah pesakit barah akan membayar harga yang berkurangan bagi rawatan ubat barah yang terbukti... dan menjimatkan kos.



"Hampir 90 peratus pesakit warga Singapura bersubsidi yang menggunakan rawatan terbukti secara klinikal dan menjimatkan kos akan mempunyai bil ubat barah mereka diliputi sepenuhnya oleh subsidi dan MediShield Hayat, tertakluk pada pembayaran bersama, yang boleh dibayar menggunakan Medisave," kata beliau.



Antara lain, saranan yang dikemukakan oleh Majlis MediShield Hayat bagi rawatan pesakit luar itu itu menetapkan senarai ubat bagi rawatan barah yang terbukti dan berkesan daripada segi kos dan membolehkan kos rawatan yang menggunakan ubat dalam senarai itu dituntut daripada Medishield Hayat.



Senarai ini merangkumi 90 peratus rawatan yang ditawarkan dalam sektor awam, termasuk rawatan lain yang biasa digunakan, tetapi tidak didaftarkan dengan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) atau tidak menjimatkan kos.



Majlis itu juga mengusul supaya had tuntutan lebih terperinci dengan kos antara $200 dengan $9,600 sebulan ditetapkan supaya kos setiap rawatan dapat dilindungi lebih baik menerusi MediShield Hayat.



Buat masa ini, pesakit luar boleh membuat tuntutan sehingga $3,000 sebulan di bawah pelan insurans itu bagi semua rawatan ubat barah pesakit luar dan khidmat berkaitan.



Bagaimanapun, MOH berkata ini telah menyebabkan harga ubat barah dinaikkan untuk memaksimumkan tuntutan yang dibuat.



Dengan had tuntutan lebih terperinci itu, MOH berkata ia akan membolehkan ubat barah diperolehi pada harga lebih rendah dan perlindungan insurans khusus lebih baik disediakan, termasuk had tuntutan lebih tinggi bagi rawatan yang terbukti dan berkesan dari segi kos.



Dalam pada itu, subsidi MAF akan dipertingkat dengan subsidi bagi sehingga 50 peratus kos dilanjutkan kepada warga Singapura yang mempunyai gaji per kapita antara $2,800 dengan $6,500 sebulan dan sebelum ini tidak layak menerima subsidi itu.



Had Medisave yang boleh digunakan bagi rawatan kemoterapi dan khidmat imbasan barah bagi pesakit luar juga akan disesuaikan, sejajar dengan perubahan pada MediShield Hayat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >