Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN MENGENAI IDENTITI IPS-RSIS

Perlu adakan ruang lebih inklusif, selamat tarik orang sertai bincang isu identiti

Panelis akur peserta tidak harus rasa dilaga-laga, wadah maya boleh dimanfaatkan dan perlu keseimbangan
Nov 25, 2021 | 05:30 AM



ADA keperluan mewujudkan ruang lebih inklusif dan selamat untuk menarik golongan yang kurang menyertai perbincangan mengenai identiti, kata Timbalan Setiausaha Industri dan Maklumat Kementerian Perhubungan dan Penerangan, Encik Aaron Maniam.



Sama penting ialah menunjukkan bahawa perbincangan seperti itu bukan cakap-cakap kosong tetapi bertujuan menghasilkan keputusan kukuh dan bermakna, tambah beliau.



Encik Maniam berkata demikian kelmarin, dalam satu perbincangan panel mengenai identiti dan mendekati masyarakat, sebagai sebahagian daripada persidang mengenai identiti anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) dan Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), yang membincang tentang peningkatan semangat berpuak, atau tribalisme, dan politik identiti dan bagaimana ia akan menjejas Singapura.



Memberi pandangannya, Encik Maniam berkata dalam sesi perbincangan lazimnya terdapat tiga kumpulan peserta - yang mengambil bahagian bagi topik tertentu, yang menyertai perbincangan semua topik, dan yang tidak mengambil bahagian.



"Mereka (yang tidak mengambil bahagian) lebih suka memberi peranan berbincang kepada orang lain yang dianggap lebih aktif.



"Jadi mereka yang mewujudkan sebarang proses perincangan perlu ingat untuk mewujudkan ruang yang sesuai untuk ketiga-tiga golongan ini.



"Mungkin kita boleh juga memancing golongan tidak mengambil bahagian supaya tampil dan mewujudkan ruang lebih inklusif, yang mereka akan berasa selamat memberi pandangan.



"Dan ini saya fikir akan menambah nilai dan meluaskan lagi topik yang dibincangkan," ujarnya.



Anggota panel perbincangan itu sependapat bahawa untuk menggalak orang ramai membincangkan isu-isu sukar berhubung identiti dan kesannya ke atas kehidupan mereka, adalah penting mewujudkan ruang yang membuat peserta berasa selamat dan tidak berasa seolah-olah mereka dilaga-lagakan.



Bagi mencapai itu, wadah digital boleh menyediakan peluang bagi perbincangan diadakan, meskipun ia memerlukan pengantara demi mencapai matlamat merapatkan jurang dan meningkatkan pemahaman, ujar mereka.



Seorang anggota panel, Encik Joel Lim, Pengarah Urusan ZYRUP Media, berkata: "Ruang perbincangan atau wadah perbincangan dalam talian sebenarnya sudah diwujudkan. Jadi kita harus mengalihkan perspektif daripada mewujudkan ruang kepada mula memanfaatkan ruang kreatif yang sudah ada.



"Ini kerana hari ini media sosial memberi kita alat sungguh luas untuk dimanfaatkan, jadi kita harus fikirkan cara menggunakannya untuk mengadakan perbincangan dengan masyarakat."



Berkongsi pandangan itu, Ketua Pegawai Operasi (COO) di pertubuhan tidak mencar untung Better.sg, Cik Chan Chi Ling, berkata ruang digital boleh meningkatkan pelibatan rakyat kerana ia membolehkan mereka berinteraksi dengan cara mudah dan boleh 'keluar masuk' dalam apa sahaja perbincangan atau perbualan.



Bagaimanapun, keseimbangan perlu dicari dalam interaksi sebegitu kerana kadangkala peserta terlepas pandang konteks perbincangan.




"Mereka (yang tidak menyertai perbincangan) lebih suka memberi peranan berbincang kepada orang lain yang dianggap lebih aktif. Jadi mereka yang mewujudkan sebarang proses perincangan perlu ingat untuk mewujudkan ruang yang sesuai bagi ketiga-tiga golongan ini (yang menyertai dan tidak menyertai perbincangan). Mungkin kita boleh juga memancing golongan tidak mengambil bahagian supaya tampil dan mewujudkan ruang lebih inklusif, yang mereka akan berasa selamat memberi pandangan. Dan ini saya fikir akan menambah nilai dan meluaskan lagi topik yang dibincangkan."
- Encik Aaron Maniam, Timbalan Setiausaha Industri dan Maklumat Kementerian Perhubungan dan Penerangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >