Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA - HARI IBU -WAWANCARA MENTERI NEGARA SUN XUELING DENGAN BH

Perlu anjakan pemikiran daripada peranan tradisional Adam-Hawa

May 08, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT keperluan bagi anjakan pemikiran masyarakat daripada peranan tradisional yang dimainkan kaum wanita dan lelaki di mana golongan wanita sering dianggap sebagai pengasuh utama dalam keluarga.



Pemikiran sebegitu meletakkan jangkaan terhadap peranan tertentu yang dimainkan golongan wanita dan lelaki - peranan di rumah, seperti penjagaan anak-anak, hanya dimainkan wanita, sementara kaum lelaki pula hanya berperanan sebagai pencari nafkah yang keluar bekerja bagi meletakkan sesuap nasi di atas meja bagi keluarganya.



Dalam satu wawancara dengan Berita Harian sempena Hari Ibu esok, Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata pemikiran dan jangkaan sebegitu mempunyai kesan terhadap keluarga dan anak-anak.



Menyentuh 'Perbualan tentang Pembangunan Wanita Singapura' yang dilancarkan September lalu, Cik Sun berkata para peserta melahirkan harapan bagi kedua-dua ibu dan bapa berkongsi tanggungjawab menjaga anak-anak dengan lebih saksama.



"Ibu bapa memainkan peranan kritikal dalam memupuk nilai-nilai dan menyediakan bimbingan bagi anak-anak mereka.



"Adalah penting bagi kedua-dua ibu dan bapa memainkan peranan aktif dan bekerjasama rapat dalam mendidik dan mengasuh anak-anak," ujar Cik Sun.



Sempena Hari Ibu, Cik Sun, yang merupakan ibu kepada dua anak perempuan turut berkongsi tentang nilai-nilai yang beliau anggap penting dipupuk dalam diri anak-anaknya. Katanya:



"Adalah penting bagi saya bahawa anak-anak saya kuat berpegang pada nilai seperti baik hati, pemurah, konfiden.



"Saya harap melalui perbuatan saya sendiri, mereka dapat melihat nilai-nilai ini dan dapat menyampaikan pula kepada orang lain.



"Kanak-kanak melihat sesuatu dan mereka 'tangkap' perkara itu dan belajar dari situ. Orang dewasa termasuk ibu-ibu mesti menjadi contoh yang baik bagi mereka."



Ditanya bagaimana beliau mendidik anak-anaknya itu tentang peranan kedua-dua kaum lelaki dan wanita, Cik Sun berkata perkara paling penting yang beliau sampaikan kepada kedua-dua puterinya itu ialah rasa hormat.



"Penting untuk mereka saling menghormati, bukan sahaja diri mereka tetapi juga orang lain...dan dalam hubungan antara kaum lelaki dan wanita mesti ada rasa hormat," ujarnya.



Cik Sun merupakan antara tiga Anggota Parlimen (AP) wanita yang menerajui semakan menyeluruh berkaitan isu melibatkan kaum wanita.



Sejak dilancarkan September lalu, lebih 100 sesi perbualan telah diadakan melibatkan lebih 3,300 peserta, termasuk kaum Adam.



Perbualan tentang Pembangunan Wanita Singapura itu bukan sahaja bertujuan mengumpul maklum balas, malah ia adalah usaha pemerintah melaksanakan penyelesaian bersama dengan warga Singapura, jelas beliau.



Hasil perbualan itu, satu Kertas Putih akan dibentangkan di Parlimen.



Beliau menambah bahawa pemerintah komited mencorak masyarakat di mana wanita dihormati, diiktiraf dan mempunyai peluang untuk maju.



"Saya harap dengan perbualan, kertas putih dan gerakan Meraikan Wanita SG, kita akan lebih menghargai peranan wanita Singapura dalam masyarakat.



"Harapan saya ialah kita dapat bekerjasama dan mempengaruhi perubahan pemikiran yang mendalam dalam masyarakat kita, agar kita dapat mewujudkan masyarakat di mana wanita merasa aman, dihormati dan diiktiraf dalam kehidupan seharian serta di mana mereka boleh mencapai aspirasi mereka sepenuhnya," kata Cik Sun lagi.




HARAPAN BAGI WANITA



"Harapan saya ialah kita dapat bekerjasama dan mempengaruhi perubahan pemikiran yang mendalam dalam masyarakat kita, agar kita dapat mewujudkan masyarakat di mana wanita merasa aman, dihormati dan diiktiraf dalam kehidupan seharian serta di mana mereka boleh mencapai aspirasi mereka sepenuhnya.''
- Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >