Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu bekerjasama tangani bahaya dalam talian sasar wanita

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



SEKTOR awam, privet dan orang ramai perlu bekerjasama untuk menangani bahaya dalam talian yang menjejas golongan wanita, kata Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan), Cik Sim Ann.



Kerjasama tersebut diharap dapat membangunkan satu pakatan bertindak yang dapat memupuk budaya dalam talian yang lebih selamat bagi kaum Hawa.



Bertemu media setelah satu sesi pendekatan tertutup dengan individu-individu daripada pelbagai sektor untuk membincangkan hal demikian semalam, Cik Sim Ann berkata:



"Apa yang kami mahukan ialah projek yang boleh dilaksana dan melibatkan wakil sektor awam, orang ramai dan swasta yang bekerjasama.



"Saya rasa kita sudah dapat melihat permulaannya dan harapan saya agar kita akhirnya dapat membentuk dan melancarkan pakatan untuk bertindak yang tertumpu pada isu bahaya dalam talian yang disasarkan kepada wanita dan belia perempuan."



Bahaya dalam talian boleh dibahagikan kepada tiga kategori luas, jelas Cik Sim Ann.



Pertama, laman sesawang atau perniagaan dalam talian yang diragui yang boleh dikaitkan dengan maksiat atau boleh ditafsirkan sebagai menarik wanita, terutama gadis muda kepada aktiviti maksiat.



Kedua, penerbitan gambar atau rakaman intim wanita mahupun gadis tanpa izin, yang sangat sering disertakan dengan butiran peribadi seperti nama dan nombor telefon mereka.



Penerbitan bahan-bahan sedemikian sering menimbulkan tekanan kepada mangsa, bertujuan mengganggu mereka dan kerap mempunyai implikasi yang 'tempias' pada kehidupan nyata kerana boleh dianggap kesalahan seksual.



Ketiga, interaksi tidak senonoh antara dua pihak yang selalunya berlaku di platform media sosial seperti dengan menghantar gambar lucah, yang boleh dianggap asuhan seksual atau gangguan bersifat seksual.



"Pada masa ini apa yang kita inginkan ialah lebih ramai orang untuk menyertai perbincangan (mengenai hal) ini serta beritahu jurang yang mereka lihat dalam rangka kerja sedia ada.



"Kami juga mahu mereka kongsi pandangan, pengalaman serta idea agar sama-sama kita dapat mengusahakan projek-projek yang dapat dilaksanakan," ujar Cik Sim Ann.



Seorang peserta dalam sesi pendekatan dan perbincangan yang telah dianjurkan semalam ialah penuntut Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Surabhi Malani, 22 tahun.



Beliau berkata antara saranan yang telah mendapat perhatian semasa perbincangan tersebut adalah mewujudkan sistem sokongan bagi ibu bapa agar mereka lebih peka dan bersedia menyokong anak perempuan mereka dalam hal ini.



Selain itu, Cik Surabhi menambah:



"Satu lagi perkara yang dibincangkan ialah bagaimana membantu kanak-kanak yang baru berjinak-jinak dengan media sosial.



"Menerima (mesej-mesej) yang tidak diingini sudah sangat lazim sehingga mereka rasa ia sesuatu yang normal, tetapi kita sebagai orang dewasa tahu ini bukan perkara yang normal.



"Oleh itu, kita perlu membantu mereka agar mereka juga bersedia menentang cabaran ini," ujarnya.



Pendidikan berkaitan isu tersebut penting, kata beliau, agar gadis-gadis dapat mengenal pasti jika perkara yang tidak diingini seperti itu berlaku ke atas mereka.



Namun, sokongan seandainya ia telah berlaku ke atas gadis-gadis tersebut juga penting supaya mereka dapat menerima bantuan yang diperlukan, tambah Cik Surabhi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >