Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu belajar agama dari saluran betul

Feb 10, 2018 | 05:30 AM



PEKERJA asing yang datang ke Singapura bagi tujuan mencari kerja harus diintegrasikan dengan nilai-nilai perpaduan sosial yang sama mengikut konteks Singapura.



Langkah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) menangkap seorang lelaki warga Malaysia yang bekerja di Singapura di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, dihantar pulang ke Malaysia dan permit kerjanya dibatalkan bulan ini memperlihatkan bahaya radikalisasi.



Beberapa pemimpin masyarakat dan penganalisis berpendapat kes penangkapan rakyat Malaysia di bawah ISA yang terbaru itu menunjukkan bahawa ideologi radikal boleh mempengaruhi sesiapa saja, tidak kira bangsa ataupun kerakyatan.



Mereka juga perlu menyesuaikan diri agar tidak terpengaruh dengan ajaran agama secara dalam talian kerana ia bukanlah saluran terbaik bagi seseorang mempelajari agama.



Penolong profesor di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS), Ustaz Dr Mohamed Ali berkata pendekatan dan pendidikan dalam kalangan masyarakat adalah amat penting sekali demi menolak segala ajaran salah ideologi radikal, seperti yang disebarkan ISIS, dan menyebarkan serta mengongsi ajaran Islam yang betul dan sebenarnya.



Beliau yang juga Naib Pengerusi Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), berkata RRG menjalankan dua program - satu bagi pekerja Bangladesh dan satu lagi bagi pekerja domestik Indonesia di sini - sebagai usaha mendekati golongan pekerja asing di Singapura.



"Ideologi radikal seperti yang disebarkan kumpulan-kumpulan radikal amat berbahaya dan ia boleh menjejas dan mempengaruhi sesiapa pun, termasuk mereka yang kuat agama.



"Ini sebabnya mengapa pendidikan itu amat penting sekali supaya tidak ada satu orang pun yang akan dipengaruhi ideologi songsang mereka," kata beliau.



Penolong Profesor, Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam, Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Dr Mohamed Nawab Mohamed Osman berkata:



"Saya fikir terdapat keperluan untuk mereka (pekerja asing) dididik mengenai dinamika pelbagai budaya di Singapura dan perlu bagi kita dan azatizah menyediakan program untuk mendekati mereka.



"Adalah penting bagi masyarakat dididik tentang jalan pertengahan mengenai Islam yang jauh dan amat bertentangan sekali dengan tindakan kumpulan seperti ISIS."



Pengarah Urusan SimplyIslam, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur, berkata penangkapan Muhammad Nur Hanief Abdul Jalil, adalah satu lagi manifestasi belajar agama secara sendirian.



MHA mendedahkan sejak tahun 2008, Muhammad Nur Hanief mula membaca bahan-bahan secara dalam talian daripada para penceramah luar negara yang berfahaman ekstrem.



Ini termasuk Imran Hosein, Zakir Naik dan Anjem Choudary. Dia juga terpengaruh oleh Ismail Menk dan Haslin Baharim yang menyebarkan ajaran memecahbelahkan masyarakat.



Menurut Encik Mohamed Nassir, dalam kes Muhammad Nur Hanief, dia memilih untuk melepaskan masalahnya dengan mengamalkan agama, tetapi tersalah memilih guru-gurunya, ia telah menyebabkan radikalisasinya.



"Radikalisasi adalah proses pendedahan dan tidak berlaku semalaman. Pendedahan kepada ideologi kebencian bersama dengan faktor persekitaran lain boleh mendorong atau menarik orang itu ke arah kepercayaan radikal.



"Oleh itu, keintiman keluarga, dan kesatuan sosial sangat penting, dan nilainya tidak boleh dipandang rendah. Ahli keluarga, rakan dan rakan sekerja harus berhati-hati terhadap perubahan tingkah laku yang mungkin membawa individu ke arah radikalisasi atau jenayah," ujar Encik Mohamed Nassir.



Malah katanya umat Islam di Singapura dan di luar negara harus dimaklumkan mengenai saluran yang betul untuk mempelajari agama mereka, dan hanya menerima dari guru yang berwibawa dan berkelayakan.



"Langkah Muis ke arah akreditasi sistem Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) adalah satu langkah yang betul," ujar Encik Mohamed Nassir.



Bagi Pengasas Institut Safinah, Ustaz Tarmizi Wahid, berkata kes terbaru ini menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi radikal jika mereka tidak dipandu oleh ajaran yang betul dan pemahaman mengikut konteks tentang apa yang mereka pelajari.



"Sebagai pekerja asing di sini, mungkin terdapat kebimbangan bahawa individu itu mungkin kurang prihatin terhadap potensi kemusnahan yang dilakukan di negara lain.



"Sekiranya pekerja tersebut diberi akses kepada kawasan larangan, dapat difahamkan mengapa pemerintah berasa khuatir tentang tahap bahaya yang mungkin berlaku," kata Ustaz Tarmizi.



Muhammad Nur Hanief, 33 tahun, bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat kargo udara Singapura. Tugas Hanief membolehkan dirinya memasuki kawasan terlarang Pusat Kargo Udara Changi, yang menyediakan khidmat ke Lapangan Terbang Changi.



Pengarah Eksekutif (Divisyen Pendidikan) Andalus, Ustaz Fathurrahman Dawoed pula berkata:



"Kita perlu merujuk kepada asatizah yang diiktiraf badan berperanan. Dalam konteks di Singapura asatizah yang diiktiraf oleh ARS.



"Asatizah juga berperanan untuk memberikan nasihat yang jelas agar tidak disalahertikan orang awam."



Pensyarah undang-undang di Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Profesor Madya Eugene Tan berkata ekstremisme di kalangan warga asing di Singapura boleh menjejas sesiapa sahaja tanpa mengira kerakyatan, jenis pekerjaan atau kelas sosioekonomi.



  • Laporan tambahan HASLEEN BACHIK dan IRMA KAMARUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >