Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu bersatu wujudkan model hidup harmonis

Dec 03, 2017 | 05:30 AM



USAHA memperkukuh integrasi masyarakat berbilang kaum bukan sahaja melibatkan perkongsian pengalaman, kefahaman dan juga pegangan antara pelbagai golongan kepimpinan di Singapura, tetapi lebih penting lagi memerlukan kesemua pihak sehaluan dalam menentukan dan menjayakan model kehidupan harmonis di Singapura.



Inilah yang ditekankan Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam satu wawancara eksklusif dengan Berita Minggu baru-baru ini.



"Kita harus sebulat suara walaupun tujuan atau cara kita menjalankan apa sahaja yang kita majukan itu berbeza tetapi kita sehaluan.



"Sehaluan ini dalam erti kata kita perlu tahu apakah kepentingan masyarakat, itu juga sesuatu yang menjadi pertimbangan kita.



"Kita juga harus mengambil (kira) konteks di mana kita sebagai orang Islam minoriti di sini (meski) tidak sama fikih tetapi perlu disesuaikan dalam konteks kita beragama," ujar Encik Masagos.



Di samping itu, tiga golongan kepimpinan di sini; kepimpinan politik, kepimpinan agama dan kepimpinan masyarakat, juga harus memikirkan bagaimanakah "keperibadian setiap jiwa Melayu/Islam itu ditanam menjadi model yang unik" dan boleh dibanggakan di seluruh dunia.



"Umpamanya, bagaimana kita bersaing dengan masyarakat lain, dengan orang Melayu/Islam yang jatidirinya tidak perlu topangan (sebagaimana) yang diberikan kepada orang-orang minoriti di negara-negara lain.



"Walaupun kita minoriti, kita bersama mengharungi kehidupan seimbang dan setaraf dengan masyarakat lain. Malah, kita akan dihormati kerana apa yang kita capai itu adalah dengan kekuatan dan kebolehan kita sendiri," jelasnya semasa wawancara yang diadakan di pusat gaya hidup Our Tampines Hub.



"Tetapi apa yang menguatkan kita lagi adalah pegangan agama dan budaya kita yang menjadikan kita seorang yang secara peribadi bermoral tinggi, yang boleh diharapkan amanahnya dan ini adalah sesuatu yang kita harus fikirkan; kebolehan dan amanah yang dipercayai kerana kita orang beragama," kata Encik Masagos, yang juga penasihat Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra). Lusa genap setahun beliau menerajui Mesra.



Semasa sesi wawancara tersebut, Encik Masagos telah mengongsi tiga kebimbangan utamanya, yakni;



  • pengaruh ajaran Islam dari luar "yang asing lagi tegar" - berbeza dari apa yang disampaikan ulama tempatan silam yang mendukung kesederhaan;

  • golongan yang kurang pegangan agama dan memeluk nilai-nilai kebaratan yang asing bagi orang Melayu; dan

  • kebolehan masyarakat untuk menyesuaikan diri dengan tuntutan ekonomi yang berubah-ubah

"Di pihak Mesra, kita perlu memerhatikan apakah yang boleh menghambat proses dan evolusi kita dalam integrasi bersama.



"Antara lain, seperti saya nyatakan tadi, pengaruh agama asing di mana kita menjadi lebih tegar sehinggakan tidak mahu makan semeja umpamanya, ataupun seperti berlaku di negara lain (di mana sesetengah Muslim) tidak mahu baju dicuci dengan baju orang bukan Islam," katanya secara terus terang.



Di bawah kepimpinan Encik Masagos, Mesra menjadikan soal 'integrasi' sebagai mauduk utamanya - demi memastikan masyarakat Melayu/Islam yang merupakan golongan minoriti di sini dapat menerima baik masyarakat majoriti, dan begitu juga sebaliknya.



"Umpamanya kalau kita lihat di Eropah, masyarakat majoriti di Eropah mahu merangkuli minoriti Islam di sana tetapi minoriti Islam tidak mahu, mereka ingin hidup di kampung mereka, mereka mahu hidup dengan cara asli dan sebagainya sehinggakan integrasi tidak berlaku...



"Berlaku juga di tempat-tempat lain di mana pihak minoriti mahu berintegrasi seperti di Sri Lanka tetapi pihak majoriti pula tidak mahu merangkul mereka.



"Ini menyebabkan berlakunya peperangan saudara yang berpanjangan hingga 20 tahun dan lebih," ujarnya sambil menekankan pergaulan antara masyarakat perlu terus digalakkan di ruang awam seperti di balai rakyat atau kelab masyarakat.



"Kita adalah satu negara yang sangat unik sehinggakan kita dapat hidup berharmoni selama 50 tahun," tambahnya.



Mesra juga, katanya, berperanan dalam mengekalkan identiti Melayu/ Islam Singapura.



Dalam hal ini, usaha pendanaan akan diteruskan agar pelestarian bahasa, budaya dan jatidiri masyarakat itu dapat terus dipromosikan, katanya.



"Kita bangga menjadi orang Melayu, bangga berbahasa Melayu dan tidak malu berbahasa Melayu kerana itu menunjukkan jatidiri kita yang tidak malu menonjolkan diri kita sebagai Melayu yang maju, dan maju di Singapura."



" Kita adalah satu negara yang sangat unik sehinggakan kita dapat hidup berharmoni selama 50 tahun... Kita bangga menjadi orang Melayu, bangga berbahasa Melayu dan tidak malu berbahasa Melayu kerana itu menunjukkan jatidiri kita yang tidak malu menonjolkan diri kita sebagai Melayu yang maju, dan maju di Singapura.
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. "



Asatizah, ulama berperanan bentuk ajaran Islam sesuai hidup di S'pura



Sistem politik S'pura pastikan hak minoriti terpelihara, kata Masagos dalam dialog peringkat tinggi di Beijing, China




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >