MULAI Februari tahun depan, warga dewasa yang mengendalikan dron seberat lebih 1.5 kilogram (kg) perlu menjalani latihan selain lulus ujian untuk memperolehi lesen yang membenarkan mereka menerbangkan dron di sini.
Dalam satu kenyataannya semalam, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata dua sijil kelayakkan akan diberikan - iaitu sijil latihan asas pesawat tanpa pemandu (UABTC) dan lesen juruterbang pesawat tanpa pemandu (UAPL).