Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu dorong wanita sertai bidang 'Stem'

Industri perlu wujudkan sekitaran positif galak wanita dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
Mar 14, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN wanita yang mempelajari bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem) di peringkat pengajian tinggi telah meningkat tetapi jumlah yang bekerja dalam bidang Stem masih boleh ditingkatkan.



Banyak faktor yang menyebabkan jumlah itu masih rendah termasuk keperluan memenuhi tanggungjawab keluarga dan sekitaran kerja kurang mesra keluarga dan jurang pembiayaan, kata beberapa karyawan wanita Melayu/Islam dalam bidang Stem.



Perangkaan gabungan enam universiti tempatan menunjukkan wanita merangkumi 41 peratus dari kohort dalam bidang Stem pada 2019, berbanding 38 peratus pada 2017, menurut Kementerian Pendidikan (MOE).



Meskipun ramai yang menyertai bidang Stem, hanya 30 peratus penyelidik dan jurutera setempat adalah wanita, menurut satu tinjauan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star).



Baru-baru ini, Presiden Halimah Yacob menekankan perlunya lebih banyak tumpuan menggalak lebih ramai wanita menyertai bidang Stem kerana masih terdapat jurang jantina yang besar.



Cik Nurul Jihadah Hussain, pengasas The Codette Project dan disenaraikan sebagai antara 100 wanita dalam teknologi setempat, berkata industri harus jelas dalam mewujudkan sekitaran yang positif bagi menggalakkan wanita dalam bidang ini.



"Firma perlu membuat semakan dalaman untuk melihat siapa yang akan meninggalkan pekerjaan pada peringkat mana, dan menangani masalah kurang perwakilan wanita di setiap peringkat," tekan beliau.



Saintis Dr Rufaihah Abdul Jalil, yang mengetuai unit sel tunjang di Jabatan Pembedahan di Sekolah Perubatan Yong Loo Lin di Universiti Nasional Singapura (NUS), berkata sistem sokongan yang kukuh amat perlu dalam menggalak wanita dalam bidang Stem kerana ia memerlukan pengajian yang memakan bertahun lamanya.



"Kita juga harus menonjolkan lebih ramai wanita Melayu/Islam dalam bidang ini agar apabila wanita lain melihat wanita dalam bidang ini, mereka merasakan bahawa matlamat mereka juga boleh dicapai,'' katanya.



Wanita juga harus berani dan tidak menjadikan stigma bahawa mereka tidak dapat menebusi bidang Stem ini sebagai satu halangan, kata Cik Durrah Hamdan, yang berpengalaman dalam analitik data dan sumber manusia yang bertugas sebagai pengurus dalam antara empat firma rundingcara terbesar setempat.



"Wanita memerlukan kecekalan dan tekad untuk menghapuskan hambatan jantina yang masih ada.



"Misalnya, pernah seorang rakan kerja lelaki menyifatkan saya sebagai 'kurang pandai' (daripada lelaki) dalam bidang tertentu kerana wanita 'dicipta berlainan'.



"Kita harus atasi sikap seperti ini dan perlu ada kesedaran diri, untuk berjaya dalam Stem," ujarnya.



Bersetuju, Dr Asyifah Rashid, Penolong Pengarah Kanan Divisyen Tenaga di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), berpandangan kaum Hawa perlu berani meneroka minat mereka.



"Usah takut bertanya soalan, mendapatkan nasihat dan mengetengah diri anda. Bertemu dan membina rangkaian juga penting, ia akan membantu anda mengenali sistem eko dan tahu perkembangan dalam pelbagai bidang," nasihat Dr Asyifah.




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >