Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERDEBATAN KERTAS PUTIH BAGI PEMBANGUNAN WANITA

Perlu iktiraf pencapaian wanita sebagai pencapaian masyarakat

Apr 06, 2022 | 05:30 AM



KERTAS Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura bukan sekadar pelan tindakan menyeluruh oleh pemerintah, tetapi adalah seruan untuk semua orang mengambil tindakan.



Tindakan itu perlu diambil di rumah dan tempat kerja, dalam masyarakat dan hubungan, bagi mengiktiraf pencapaian wanita sebagai pencapaian masyarakat, dan bagi memburu kemajuan wanita sebagai sebahagian daripada kemajuan masyarakat.



Demikian dinyatakan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, dalam ucapan pembukaannya di Usul mengenai Pembangunan Wanita Singapura di Parlimen semalam.



Mengongsi pengalaman lalunya sebagai ibu muda yang bekerja dan sebagai anak kepada ibu bapa yang semakin lanjut usia, Cik Teo berkata usaha pemerintah, seperti perlindungan perundangan tambahan bagi menegakkan keadilan di tempat kerja dan memberi sokongan lebih baik kepada pengasuh, tidak dapat melangkah jauh tanpa sokongan kaum lelaki dan tindakan kolektif.



"Tiada undang-undang atau garis panduan tiga pihak boleh menentukan norma dalam keluarga, atau amalan terperinci di tempat kerja," kata Cik Teo.



Justeru, beliau menambah, "sokongan lelaki untuk perkongsian sama rata dengan wanita adalah sangat penting" dan "tindakan kolektif, melangkaui apa yang akan dilakukan oleh pemerintah, adalah penting".



"Kita boleh meletakkan undang-undang tentang keadilan di tempat kerja. Tetapi pengalaman wanita yang bekerja bergantung kepada pemahaman dan sokongan majikan dan rakan sekerja," kata Cik Teo.



"Sedang ramai wanita Singapura diperkasakan oleh sokongan pengasuh, sesetengah mereka akan terus dikekang oleh pilihan budaya yang dipegang oleh masyarakat dan juga diri mereka sendiri," tambahnya.



Cik Teo menerangkan, wanita Singapura telah berjaya mengatasi kesukaran besar dan mencapai kemajuan ketara dalam pelbagai cara.



Hingga sekitar seratus tahun lalu, wanita kebanyakannya terhad kepada kehidupan rumah tangga.



Tetapi keadaan berubah sekitar tahun 1930-an dan pendidikan sekolah rendah percuma mulai 1960 membantu lebih ramai wanita Singapura mencapai kejayaan melalui pendidikan.



Dengan pendidikan, wanita menunjukkan yang mereka boleh berjaya di tempat kerja, kata Cik Teo.



Tetapi, walaupun pembangunan wanita Singapura telah mencapai asas yang amat tinggi, Cik Teo berkata sudah tiba masanya untuk meningkatkan lagi kedudukan wanita di Singapura yang masih lagi menghadapi cabaran harian seperti cabaran masa bagi memenuhi pelbagai peranan dan tanggungjawab, serta cabaran dengan pemangsa seksual yang semakin berani dalam dunia digital.



Dalam ucapannya beliau mengajak Anggota Parlimen agar menumpukan perbahasan kepada dua elemen utama dalam usul itu iaitu bagaimana memangkinkan lagi tindakan kolektif dan bagaimana menggalakkan lagi perkongsian sama rata antara wanita dengan lelaki.



"Kemungkinan besar, kedua-dua barisan usaha ini adalah yang paling mencabar. Namun pada kedua-duanya juga terletak harapan terbaik untuk benar-benar menghasilkan perubahan ketara bagi wanita kita," kata Cik Teo.



"Sama seperti pendahulu kita telah meletakkan asas untuk wanita berjaya, kita juga mesti membina perancah baru untuk generasi wanita akan datang berkembang maju. Kertas Putih ini menegaskan semula visi bersama kita untuk masyarakat yang lebih adil dan lebih inklusif," tambahnya.




INSPIRASI WANITA



Dalam ucapannya di Parlimen, Cik Josephine Teo menyebut beberapa contoh wanita pelbagai kaum yang mencetus inspirasi, antaranya:



PRESIDEN HALIMAH YACOB



  • Tunggak kekuatan dalam krisis Covid-19

  • Imbangi pelbagai faktor, buat keputusan sukar seperti memanfaatkan rizab negara

AISHA AKBAR



  • Pada 1950, Allahyarhamha Aisha, seorang penyiar, meraih biasiswa untuk sertai Kolej Music Trinity di England pada usia 20 tahun

  • Individu pertama di Singapura dianugerahi biasiswa muzik tanpa kelayakan sebagai guru muzik

HUDA HAMID



  • Peniaga dan usahawan sosial yang bantu ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah menjadi berdikari dari segi kewangan

  • Antara enam pemenang Program Global Usahawan Sosial Muda 2020




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >