Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu ingat nota muzik, langkah selaras rakan lain

Pelajar ghairah tampil buat pertama kali di NDP, sebahagian daripada 190 pemain muzik dari 10 sekolah bagi sekmen persembahan tatu ketenteraan
NDP
Aug 09, 2018 | 05:30 AM



SETIAP kali beliau melangkahkan kaki ke dalam Platform Terapung Marina Bay, Muhd Noraidilsahiq Muhd Norasif bukan sahaja perlu mengingat nota muzik bahkan langkahnya juga harus selaras dengan para peserta pancaragam yang lain.



Muhd Noraidilsahiq, 14 tahun, akur ia bukanlah sesuatu yang mudah pada mulanya, namun selepas menjalani latihan intensif, beliau, yang memainkan alat muzik tuba, kini sudah bersedia untuk menaiki platform yang menjadi pentas Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



"Ini merupakan antara perkara yang paling mencabar buat diri saya... bermain alat muzik sambil berbaris bersama rakan-rakan lain.



"Sebelum ini, kami belum pernah membuat persembahan sebegini, namun dengan setiap latihan yang kami lakukan selama enam hingga tujuh bulan lalu, saya rasa saya sudah pun memperbaikinya," kata pelajar Sekolah Menengah Yuhua itu.



Muhd Noraidilsahiq merupakan antara 190 pelajar dari 10 sekolah yang terlibat buat julung-julung kalinya bagi sekmen persembahan tatu ketenteraan di NDP tahun ini.



Mengongsi perasaannya apabila dipilih untuk membuat persembahan di NDP buat pertama kalinya ini, Muhd Noraidilsahiq berkata bahawa dia berasa sungguh bertuah bercampur gementar.



"Saya berasa gementar ketika pertama kali mengetahui bahawa saya akan tampil mengambil bahagian di NDP tahun ini.



"Untuk menjadi sebahagian daripada tatu ketenteraan dalam acara terbesar negara adalah sesuatu yang saya tidak jangkakan atau bayangkan sebelum ini.



"Tambahan pula, saya tidak pernah mengambil bahagian dalam acara sebesar ini. Bukan itu sahaja, persembahan kami juga memerlukan banyak gerakan dan membuat bentuk di atas pentas.



"Selama ini, saya hanya menonton NDP di kaca televisyen dengan keluarga saya. Untuk diberi peluang berdiri di atas platform terapung ini dan melakukan persembahan di hadapan bilangan penonton yang ramai, ini merupakan satu pengalaman yang sangat sukar untuk saya lupakan," tambahnya.



Tidak seperti ramai peserta pelajar lain, Muhd Noraidilsahiq akur tidak menghadapi banyak masalah dalam mengimbangi masa antara sekolah dan latihan untuk NDP ini.



Meskipun perlu menjalani latihan sebanyak tiga kali seminggu, anak sulung keluarga empat beradik ini akan memastikan menghabiskan segala tugasan sekolah pada waktu malam.



"Saya cuba mengimbangi masa sebaik mungkin antara pelajaran dan sesi latihan.



"Kami biasanya mempunyai sesi latihan pancaragam sekolah kami sebanyak tiga kali seminggu dan untuk persembahan NDP, latihan kami juga dijalankan pada setiap hari Sabtu.



"Walaupun sesi latihan mengambil sebahagian besar masa saya, saya cuba melakukan semakan dan kerja sekolah saya pada waktu malam apabila saya pulang ke rumah," ujarnya.



INFOGRAFIK: NDP 2018




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >