Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu inovasi makanan lebih lanjut bagi tangani 'tiga sifar': DPM Heng

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



DUNIA, termasuk Singapura, perlu memajukan inovasi makanan dengan lebih lanjut bagi menangani 'tiga sifar' dalam cabaran makanan global, iaitu sifar kelaparan, sifar sisa, dan sifar karbon.



Ini sedang pengeluaran makanan mampan menjadi semakin penting bagi memenuhi permintaan kelas pertengahan yang berkembang dan untuk memberi keselamatan makanan kepada semua.



Ini dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dalam ucapannya di pelancaran Minggu Agri-Makanan Antarabangsa Singapura, yang dihoskan syarikat pelaburan global berpangkalan di Singapura, Temasek, semalam.



"Teknologi boleh membuat perubahan besar dalam meningkatkan hasil tanaman dan mutu tanaman.



"Dengan data besar dan IoT (Internet of Things), kita boleh mengubah pengeluaran makanan dan pengurusan pertanian, terutama dalam persekitaran pertanian intensiti tinggi bandar.



"Selain itu, peningkatan dalam input pertanian boleh meningkatkan hasil, mutu dan nilai pemakanan tanaman," kata Encik Heng ketika bercakap tentang cara teknologi dapat menangani cabaran sifar kelaparan.



Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, menambah bahawa teknologi juga boleh membantu petani kecil-kecilan mengakses kewangan dan alat produktiviti.



Pendigitalan boleh membantu petani sedemikian dengan akses pasaran dan mengelakkan mereka daripada dipinggirkan dalam rantaian nilai, katanya.



Bagi cabaran sifar sisa, Encik Heng berkata teknologi boleh membantu mengurangkan sisa makanan di sepanjang rantaian bekalan.



"Melalui pendigitalan hujung ke hujung dalam rantaian bekalan, kita boleh dengan ketara meningkatkan kecekapan pergerakan barangan, dan menjejak pergerakan ini dalam masa nyata.



"Masa pengangkutan yang lebih pendek mengurangkan kerosakan, sementara keterlihatan masa nyata mengurangkan keperluan untuk pengimport meletakkan penimbal dalam pesanan mereka.



"Inovasi dalam rantaian sejuk dan teknologi lain juga membolehkan kita mengekalkan kesegaran makanan bagi tempoh yang lebih lama," kata Encik Heng.



Menyentuh tentang sifar karbon, Encik Heng berkata pengeluaran makanan menyumbang kepada sekitar sepertiga pengeluaran gas rumah hijau global.



"Pengeluaran makanan yang lebih cekap dan pengurangan sisa makanan akan mengurangkan jejak karbon kita tetapi ini tidak cukup," katanya.



Orang ramai boleh digalak untuk mengurangkan pemakanan daging, yang merupakan penyumbang utama kepada pengeluaran karbon berkaitan makanan.



Tawaran protein alternatif yang lebih mampan berbanding penternakan lembu dan ayam secara tradisional juga sedang dipertimbangkan.



Malah, sebuah kemudahan menghasilkan telur daripada tumbuhan, JUST Egg, sedang dibangunkan di Singapura.



Di acara semalam, Encik Heng turut menyaksikan pelancaran Platform Makanan Mampan Asia oleh Temasek.



Wadah itu akan bekerjasama dengan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) bagi membangunkan Pusat Inovasi Teknologi Makanan, untuk memudahkan pengkomersilan penyelidikan dan pembangunan (R&D) .



Lebih $30 juta akan dilaburkan dalam masa tiga tahun akan datang bagi membantu syarikat pemula dengan pembangunan proses dan produk mereka, lebih-lebih lagi bagi protein alternatif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >