Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu lebih banyak kerjasama rapatkan jurang bantu masyarakat: Indranee

Feb 06, 2021 | 03:09 PM



Pemerintah akan bekerjasama lebih rapat lagi dengan sektor privet, agensi perkhidmatan sosial dan masyarakat secara amnya untuk merapatkan jurang bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan.



Meskipun banyak usaha yang telah dijalankan, ia akan tetap merupakan “kerja dalam proses”, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, ketika ditemui pada Sabtu (6 Feb).



“Sebagai satu masyarakat dan satu negara, kita mesti datang bersama dan bekerjasama.



“Agar kita dapat melakukan sesuatu bersama, kedua-dua belah pihak perlu saling memahami apa yang dilakukan satu sama lain.



“Tak dinafikan, ada beberapa jurang, tapi ia selalu kerja dalam proses dan kita mesti berusaha merapatkan jurang-jurang itu dan kita mahu lakukannya sebagai satu negara,” ujar beliau.



Cik Indranee telah melawat Kin@11 pagi tadi (6 Feb) untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif ComLink, termasuk program ReadAble yang dijalankan di sana bagi kanak-kanak yang tinggal di daerah Jalan Kukoh.



Beliau, yang juga Menteri Kedua Kewangan dan Pembangunan Negara, turut menyertai dialog tertutup dengan beberapa rakan kerja ComLink dan sempat berinteraksi dengan kanak-kanak penerima bantuan di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >