Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan

Perlu lebih banyak usaha galak anak muda guna bahasa Melayu

Mar 02, 2022 | 06:13 AM



LEBIH banyak usaha diperlukan untuk menggalak anak-anak muda supaya membaiki dan menggunakan bahasa Melayu dengan lebih meluas lagi, kata Anggota Parlimen (AP) Pembangkang Encik Faisal Manap (GRC Aljunied).



Ini termasuk memulakan pendidikan bahasa Melayu di peringkat prasekolah, terutama dengan dengan semakin ramai anak kini ditempatkan di tajaka.



Dalam hal ini, Encik Faisal bertanya apakah langkah pemerintah dalam menangani kekurangan prasekolah yang menawarkan pengajaran bahasa Melayu serta rancangan pemerintah untuk menambah jumlah prasekolah yang menawarkannya.



Ini kerana kata beliau, menurut perangkaan, terdapat hanya 19 peratus prasekolah setempat - atau 350 prasekolah daripada sekitar 1,800 prasekolah - yang menawarkan pembelajaran bahasa Melayu.



Encik Faisal menukil perangkaan Banci Penduduk 2020, bahawa terdapat 38,668 anak Melayu berusia 0 hingga 4 tahun - iaitu peringkat usia yang penting dalam pembangunan mereka.



Menyuarakan keprihatinannya, beliau berkata:



"Saya berasa sangat prihatin bila melihat semakin ramai anak-anak Melayu kita lebih senang berbahasa Inggeris.



"Ini akan mengakibatkan penguasaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Ibunda akan terhakis. Memandang ke depan, paling tidak, sedekad lagi, rata-rata orang Melayu Singapura akan berasa canggung untuk berbual dalam bahasa mereka sendiri."



Dalam perbahasannya mengenai Belanjawan semalam, Encik Faisal menarik perhatian tentang keluarga Melayu yang menetap di flat sewa.



Menurut beliau, jumlah golongan ini masih tinggi sambil menukil perangkaan Banci Penduduk iaitu jumlah isi rumah Melayu yang tinggal di flat sewa satu dan dua bilik naik lebih seganda dalam tempoh 10 tahun - daripada sekitar 9,100 pada 2010 kepada 18,600 pada 2020.



Maka itu, Encik Faisal meminta penjelasan antara lain mengenai usaha pemerintah untuk meningkatkan keupayaan golongan itu membeli flat sendiri.




“Warga Singapura bimbang tidak lagi dapat menampung kos kehidupan yang dijangka terus meningkat.

 Kebimbangan ini turut dirasakan golongan belia. Bolehkah mereka meraih pendapatan yang cukup pada masa depan untuk menghadapi kenaikan kos kehidupan ini?

 Adakah usaha mereka untuk mencari kemahiran baru atau mempertingkat kemahiran cukup untuk meraih pendapatan lebih baik?

 Adakah mereka boleh menyara hidup keluarga? Dan bagaimana untuk memastikan golongan yang kurang bernasib baik tidak ketinggalan?”

 – Dr Shahira Abdullah (AP Dilantik), menyentuh tentang kebimbangan yang dirasakan golongan belia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >