Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

MEMPERINGATI HARI WANITA SEDUNIA

Perlu lebih banyak usaha pastikan ruang siber selamat bagi wanita

Josephine: Masyarakat mainkan peranan wujudkan persekitaran dalam talian yang selamat
Mar 06, 2022 | 05:30 AM



MELAKSANAKAN peraturan adalah hanya sebahagian daripada huraian untuk mewujudkan sebuah persekitaran dalam talian yang selamat.



Di samping itu, masyarakat perlu bertindak bersama untuk memperkasakan wanita menghadapi ancaman ke atas keselamatan mereka semasa berada dalam talian, kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo.



Berucap dalam majlis sambutan Hari Wanita Sedunia anjuran Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) semalam, Cik Teo berkata bahawa Singapura ialah sebuah negara, yang secara fizikal, selamat untuk semua. Namun lebih banyak usaha harus dilakukan dalam ruang siber.



Cik Teo telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan kod amalan baharu untuk keselamatan dalam talian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) kelmarin.



Namun, beliau menekankan bahawa masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk mewujudkan sebuah persekitaran dalam talian yang selamat.



"Kami tahu bahawa anak-anak perempuan dan wanita kadang kala diancam oleh tingkah laku, maklumat atau kegiatan di dalam talian.



"Kita perlu masyarakat secara bersama mengambil tindakan, dan memperkasakan wanita untuk memastikan diri mereka selamat di dalam talian," tambahnya, yang juga pengerusi Sayap Wanita PAP.



Dalam usaha mempertingkatkan kesedaran tentang kesan bahaya dalam talian, Sayap Wanita PAP telah mengadakan siri perbincangan sejak Januari lalu untuk meneroka cara setiap pihak memainkan peranan untuk mewujudkan persekitaran dan masyarakat dalam talian yang lebih selamat.



Sekitar 1,500 individu dari kesemua 93 cawangan parti itu telah mengambil bahagian dalam dialog masyarakat, dan sesi perbincangan serta bengkel latihan sejak dua bulan lalu untuk dilengkapi dengan pengetahuan undang-undang dan kemahiran memberikan sokongan.



Malah, kesemua cawangan PAP juga telah diberikan sebuah buku panduan mengenai 'Menyokong Penduduk yang Menghadapi Bahaya Dalam Talian' agar relawan dan penulis di sesi Bertemu Penduduk (MPS) memiliki kemahiran yang diperlukan untuk membantu mangsa dalam cara yang sensitif dan berkesan.



Cik Teo turut memberikan contoh usaha Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara merangkap Ehwal Luar), Cik Sim Ann; dan Setiausaha Parlimen (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, yang menerajui bersama Perikatan Sunlight yang membincangkan huraian bagi isu bahaya dalam talian.



Cik Rahayu, yang merupakan pengerusi bersama bagi majlis itu semalam, berkata selain undang-undang, antara usaha yang boleh dipertingkatkan adalah dari segi latihan bagi pegawai barisan depan yang perlu berhadapan dengan mangsa bahaya dalam talian.



"Latihan (bagi pegawai barisan depan) sudah sedia ada, tetapi ini sesuatu yang mungkin kita boleh terus fikirkan dan perhalusi, terutama sekali dengan adanya perkembangan dari aspek ancaman dalam talian," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >