LEBIH banyak sinergi dan karyawan diperlukan untuk membantu meningkatkan lagi kecemerlangan masyarakat Melayu setempat, galak Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Menurutnya, usaha itu dapat dilaksanakan dengan sokongan padu Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) bersama badan Melayu dan agensi pemerintah lain.