PARLIMEN: BAHAYANYA UCAPAN KEBENCIAN
Perlu lihat pada perspektif lebih luas
Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, telah menyampaikan kenyataan menteri mengenai 'Mengekang Ucapan Kebencian bagi Mengekalkan Keharmonian Kaum dan Agama di Singapura' di Parlimen semalam. Berikut adalah sedutan ucapannya.
Apr 02, 2019 | 05:30 AM
PENDEKATAN PEMERINTAH
SESETENGAH warga tidak bersetuju dengan pendekatan pemerintah terhadap ucapan kebencian serta keharmonian kaum dan agama, khususnya merujuk kepada pembatalan konsert Watain baru-baru ini.