Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu mekanisme berbilang negara lebih baik untuk bersiap bagi pandemik masa depan: Lawrence Wong

Oct 08, 2021 | 05:30 AM



PELABURAN dan pembiayaan dalam penjagaan kesihatan perlu mengambil kira kemungkinan pandemik berlaku lagi pada masa depan, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong.



Ia juga memerlukan peruntukan sumber sewajarnya dan penilaian hasil daripada pelaburan itu.



Di peringkat berbilang hala dan serantau, ini bermakna membina mekanisme lebih baik untuk bersiap sedia bagi krisis kesihatan masa depan yang serupa pandemik Covid-19, termasuk perkongsian risiko dan perkongsian maklumat.



Encik Wong berkata demikian di perbincangan panel pada hari kedua Sidang Menteri Khas bagi Digital Kesihatan Awam Asean yang diadakan secara maya semalam.



Beliau berkata setelah krisis kewangan Asia 1997, rantau ini muncul lebih kuat dan lebih berdaya tahan dengan menerapkan sistem pengawasan lebih kukuh dan pengaturan pertukaran mata wang berbilang hala seperti Inisiatif Berbilang Hala Chiang Mai.



"Dengan cara sama, kita harus membangunkan satu mekanisme lebih baik untuk mempersiap bagi krisis dan kecemasan kesihatan awam. Ini termasuk, pada tahap sangat mudah, pertukaran maklumat lebih baik... (dan) inisiatif seperti perkongsian risiko dan perkongsian sumber," ujarnya.



Negara-negara tidak boleh menjadi ekstrem dan berfikir memandangkan pandemik ini membawa kepada gangguan dalam rantaian bekalan dan kepercayaan lebih rendah terhadap pasaran global, mereka mesti melakukan segala-galanya di dalam negara mereka, katanya.



"Saya tidak rasa itu adalah sebuah dunia lebih baik... Akhirnya, kita masih perlu kembali kepada perkongsian awam-swasta. Kita masih perlu bekerjasama dengan pihak berkepentingan berbeza, yang semuanya penting - termasuk pertubuhan dermawan dan tidak mencari untung.



"Itulah jenis respons kolektif yang akan membolehkan kita bersiap sedia menghadapi pandemik seterusnya," kata Encik Wong.



Beliau akur kos penjagaan kesihatan terus meningkat dan pembiayaan penjagaan kesihatan menjadi perhatian menteri kewangan di mana sahaja.



'Trilema' penjagaan kesihatan, ujar beliau, melibatkan keseimbangan sukar antara memberi akses kepada semua, mutu tinggi dan kos rendah.



Pada tahun awal Singapura, perkongsian risiko insurans yang diswastakan berpecah-pecah dan syarikat insurans cenderung memilih risiko "baik", sesuatu yang tidak sesuai kerana ini menyebabkan orang tertentu tidak mendapat perlindungan, kata Encik Wong.



Inilah sebabnya Singapura meletak sistem insurans hospitalnya di peringkat nasional dan sekarang mempunyai perkongsian risiko universal wajib, katanya, sambil menambah bahawa ini harus diimbangi dengan penggunaan berlebihan oleh pengguna dan khidmat yang terlalu banyak oleh penyedia penjagaan kesihatan.



"Kami telah mengembangkan sistem hibrid di Singapura di mana kami terus menekankan pentingnya tanggungjawab individu dan kolektif dalam penjagaan kesihatan. Bukan hanya tanggungjawab negara," ujarnya.



Beliau menggariskan tiga pelajaran utama daripada Covid-19.



Pertama, kurangkan pembaziran dan kos, dan bina penampan dalam sistem penjagaan kesihatan untuk mempertingkat langkah semasa kecemasan kesihatan awam.



Kedua, perbetul ukuran dan jimatkan sumber perubatan dengan meningkatkan penjagaan asas. Ini bermakna tidak semua orang harus menerima rawatan keadaan akut.



Ketiga, nilai dan pastikan hasil baik daripada pelaburan perbelanjaan penjagaan kesihatan - bukan hanya berbelanja lebih banyak atau meningkatkan pengeluaran, tetapi dengan meningkatkan hasil seperti mutu hidup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >