Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PEMANSUHAN SEKSYEN 377A DAN PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perlu perkukuh lagi unit keluarga, kata beberapa AP Melayu

Nov 29, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam menyokong langkah memansuhkan Seksyen 377A yang menetapkan seks antara lelaki sebagai satu kesalahan, namun turut menekankan kepentingan memperkukuh unit keluarga tradisional.



Pada masa sama, mereka menambah bahawa masyarakat harus mempunyai sikap saling menghormati dan tidak menghukum atas perbezaan pendapat atau pendirian dan kepercayaan masing-masing.



Semalam, Parlimen membahaskan bacaan kedua Rang Undang-Undang untuk memansuhkan Seksyen 377A Kanun Jenayah dan, pada masa sama, pindaan Perlembagaan dengan penubuhan Artikel 156 berhubung institusi kekeluargaan.



Pindaan itu memastikan pemerintah, dibawah kuasa eksekutifnya, memelihara, melindungi, memberi sokongan, mengasuh dan menggalak institusi perkahwinan.



Dalam bahas hari pertama di Parlimen semalam, Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade) berkata beliau gembira pemerintah akan tetap menegakkan keluarga tradisional dalam dasar dan undang-undang, sambil bekerjasama dengan pihak berkepentingan untuk melakar haluan ke hadapan.



Namun, beliau menambah bahawa terdapat keperluan mendesak mewujudkan ruang selamat bagi keluarga membincangkan perkara berkaitan seksualiti secara terbuka.



Khususnya, Encik Fahmi berkata ibu bapa dan anak-anak sepatutnya bebas membincangkan perkara sedemikian tanpa khuatir dipandang serong.



"Mereka patut bebas menyuarakan pegangan sendiri kepada anak-anak mereka, didasari oleh ajaran agama atau pandangan dunia mereka. Ibu bapa patut diberi ruang untuk melindungi anak-anak mereka daripada sebarang kandungan yang mereka anggap tidak wajar, termasuk yang berkaitan dengan komuniti gay dan homoseksual.



"Oleh itu, saya menyeru pemerintah supaya meneguhkan lagi unit keluarga tradisional agar kekal menjadi ruang selamat untuk keluarga membincangkan perkara berkaitan seksualiti," kata beliau.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) pula berkata adalah penting untuk secara aktif mendekati keluarga dan ibu bapa mengenai isu tersebut dan menyediakan mereka pelbagai wadah kaunseling atau sokongan keibubapaan.



Beliau menambah bahawa sokongan juga perlu disediakan untuk guru dan pendidik.



"Bagi masyarakat Islam, satu maklum balas biasa daripada ketua masjid atau pertubuhan ialah ada keperluan bagi garis panduan lebih jelas atau latihan keupayaan," kata beliau.



Encik Zhulkarnain bertanya apakah pemerintah mempunyai sebarang rancangan untuk menyediakan keluarga, terutama ibu bapa, kaunseling atau sokongan keibubapaan.



"Dalam hal ini, sebarang sokongan keibubapaan atau kaunseling harus juga menyediakan sokongan berasaskan agama atau nilai jika ia sedia ada, agar individu dapat memilih yang paling sesuai untuk mereka," kata beliau.



Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam, berkata penting untuk mendengar pelbagai pandangan daripada segenap lapisan masyarakat Singapura, termasuk masyarakat Melayu/Islam.



Beliau berkongsi beberapa pandangan yang dikumpul melalui sesi pendekatan dan perbincangan yang disertainya.



Antaranya, beliau berkata, ada daripada masyarakat homoseksual menyatakan mereka berdepan dengan diskriminasi, dipulau, malah diancam oleh orang paling rapat dengan mereka, termasuk ahli keluarga dan rakan.



Ada juga yang tidak menerima gaya hidup homoseksual tetapi mahu berbincang atas dasar belas ihsan bersama mereka yang beragama Islam, namun bimbang akan akibat buruk yang boleh melanda.



"Kita mahu masyarakat menunjukkan sifat rahmah dan belas ihsan kepada semua tanpa mengira latar belakang atau keadaan mereka, termasuk juga kepada mereka yang mungkin tidak berpegang pada agama tentang isu homoseksual kerana itulah ajaran Islam," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >