Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Perlu persiap mental sambut perayaan cara berbeza demi keselamatan: PM Lee

Jan 24, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH keselamatan lebih ketat yang diperkenalkan baru-baru ini mungkin menyebabkan anggota masyarakat yang ingin menyambut perayaan Tahun Baru Cina rasa kecewa.



Namun, mereka perlu bersedia secara mental untuk menyambut perayaan dengan cara yang berbeza tahun ini, demi menjaga keselamatan semua.



Peringatan tersebut disampaikan Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam dan beliau menambah langkah itu penting untuk memastikan situasi Covid-19 di Singapura kekal stabil.



"Anda hanya perlu lihat negara lain yang kini menghadapi kes jangkitan yang meningkat untuk sedar mengapa kita perlu terus berwaspada," tulis Encik Lee menerusi pos di Facebook.



Setiap isi rumah hanya dibenarkan menerima lapan pelawat sehari bermula Selasa ini dan individu pula digesa melawat hanya dua rumah sehari dan hanya ke rumah ahli keluarga.



"Tahun ini pantas berlalu dan kita masih menghadapi kesukaran menghadapi gangguan terhadap kehidupan kita.



"Melalui pengorbanan dan usaha kita, situasi (di Singapura) kini stabil.



"Kita perlu terus melindungi diri kita dan orang yang kita sayang dengan mematuhi semua langkah yang ditetapkan," tambahnya.



Tiada kes jangkitan masyarakat atau di dormitori pekerja asing semalam, namun sebanyak 10 kes import dilaporkan.



Ini menjadikan jumlah kes jangkitan Covid-19 di Singapura sebanyak 59,260 sejauh ini.



Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya tengah hari semalam.



Kes import yang disahkan telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura, tambah kenyataan itu.



Sebanyak 14 kes import dan satu kes jangkitan masyarakat dilaporkan kelmarin.



Satu-satunya kes import yang dilaporkan terkait dengan kelompok di BS Industrial & Construction Supply di Kallang.



Sejauh ini sebanyak lapan kes dikaitkan dengan kelompok tersebut.



Kes yang dilaporkan kelmarin merupakan seorang warga Malaysia yang bekerja di syarikat itu dalam bidang pemasaran dan merupakan rakan kerja warga tetap berusia 39 tahun yang merupakan kes pertama yang disahkan dalam kelompok itu.



Salah satu kes import yang dilaporkan merupakan seorang pemegang pas pekerja yang merupakan kru kabin Singapore Airlines (SIA).



Beliau telah ke Britain untuk bekerja antara 12 dengan 13 Januari dan kembali ke Singapura pada 14 Januari.



Kes import lain terdiri daripada dua warga Singapura, seorang warga tetap, seorang pemegang pas tanggungan, tiga pemegang pas pekerja, tiga pemegang permit kerja, seorang pemegang pas lawatan jangka pendek dan dua pemegang pas khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >