Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PANDANGAN

Perlu sedia terima golongan OKU, belajar erti sabar dan tolak ansur

Aug 20, 2022 | 05:30 AM



PENGAMBILAN pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) semakin mendapat perhatian di kalangan syarikat dan pemilik perniagaan sejajar dengan usaha pemerintah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi mereka peluang untuk menyumbang kepada masyarakat - tetapi ini adalah satu perjalanan yang masih panjang dan usaha yang perlu didukung oleh semua lapisan rakyat.



Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, Singapura telah lama membuktikan kebolehan bertoleransi dan menunjukkan sikap timbang rasa yang baik sesama rakyat namun ini adalah hasil daripada usaha pemerintah yang berterusan dan terperinci.



Banyak usaha telah dijalankan dari segi membantu penyiapan individu OKU dengan kemahiran yang berbeza-beza untuk mengisi peluang pekerjaan yang luas. Mengambil kakitangan OKU bermakna, tanggungjawab berat mengintegrasikan komuniti ini dengan orang awam - termasuk pekerja lain dan terutamanya, pelanggan.



Baru-baru ini tular di internet cerita tentang seorang wanita yang berkongsikan pengalamannya di restoran Swensen's cawangan Clementi bersama anak kecilnya. Beliau dapati pekerja di restoran itu tidak memberinya bantuan yang diperlukan atau layanan yang biasa diterimanya. Rasa tidak puas hati dengan layanan yang hambar itu membuatnya tidak senang hati dan bertanyakan hal itu kepada pengurus restoran.



Setelah diberitahu bahawa 90 peratus pekerja di restoran itu adalah remaja berkeperluan khas dari Pusat APSN, wanita yang hanya dikenali sebagai Sindhu RK Johnson berasa kesal di atas sikapnya sebelum itu. Katanya di perkongsian dilaman FBnya:



"Saya meminta maaf kepada pengurus dan menyampaikan cadangan saya untuk sekurang-kurangnya memaklumkan kepada pelanggan seperti apa yang dilakukan oleh KFC. Bukan semestinya lencana pada pakaian mereka tetapi beberapa papan tanda sebelum pelanggan memasuki restoran."



Mungkin ramai yang masih ingat, pada zaman 80-an, bila restoran makanan segera mula berpinak di Singapura, perkhidmatan cepat (fast food) memang menjadi satu kebanggaan buat perniagaan yang berkonsep swalayan dengan hanya perlu membuat pesanan di kaunter. Sehinggakan pada masa itu, restoran mengenakan 'denda' keatas diri sendiri dengan memberikan ganjaran buat pelanggan sekiranya makanan yang dipesan lambat tersedia.



Pada tahun 90-an pula, pelanggan dikejutkan dengan layanan yang berbeza, apabila warga tua menjadi sebahagian daripada tenaga pekerja di restoran-restoran berkenaan dan servis tidak lagi secepat sebelum itu. Awalnya, memang susah untuk sesetengah pelanggan menerima perubahan itu, tetapi lama-kelamaan, kita dapati warga tua yang masih ingin menyumbangkan tenaga, adalah perkara yang biasa sekarang.



Sebagai tanda maju kehadapan, kita sebagai orang awam juga sudah bersedia menerima pekerja OKU dalam bermacam-macam industri selain industri F&B. Usaha ini turut disokong dengan kerjasama badan-badan pemerintah dan sokongan geran.



Hanya dengan merubah minda dan pemikiran kita menerima golongan OKU dengan sikap terbuka - kita akan pelajari erti kesabaran dan bertolak-ansur, suatu pencapaian yang lebih bermakna dan mendalam, daripada mengejarkan masa yang selalu mendesak kita untuk menjadi buta hati dengan hal sekeliling.



Walaupun demikian, pada pendapat penulis, keprihatinan khusus patut diberi kepada golongan ini terutama dalam soal hak mereka seperti gaji dan faedah yang setimpal dengan usaha mereka dan agar tidak diambil kesempatan oleh majikan.




“Hanya dengan merubah minda dan pemikiran kita menerima golongan OKU dengan sikap terbuka - kita akan pelajari erti kesabaran dan bertolak-ansur, suatu pencapaian yang lebih bermakna dan mendalam, daripada mengejarkan masa yang selalu mendesak kita untuk menjadi buta hati dengan hal sekeliling.”
- Penulis




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >