Pasangan suami isteri yang mendera anak mereka yang berusia lima tahun hingga mati kelecuran telah dijatuhi hukuman penjara 27 tahun dan rotan baru-baru ini.Pekerja sosial dan pakar psikologi berkata ada beberapa tanda yang boleh memberitahu kita jika seseorang kanak-kanak itu sedang dianiayai dan penting mengetahui tanda-tanda ini. BERITA HARIAN mendedahkan tanda-tanda ini.
SELAIN kesan fizikal seperti luka atau lebam di badan, kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan turut menunjukkan sikap suka memencilkan diri, kurang keyakinan, tidak suka bercampur dengan orang lain, malah boleh mengalami kemurungan.