Perlu senggara lif, tangga bergerak walau perniagaan terjejas dek Covid-19, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Perlu senggara lif, tangga bergerak walau perniagaan terjejas dek Covid-19

Jun 05, 2020 | 05:30 AM

PEMILIK bangunan perlu terus memastikan lif dan tangga bergerak disenggara mengikut peraturan yang ditetapkan, meskipun pandemik koronavirus Covid-19 menjejas operasi perniagaan.

Ini ditekankan oleh rakan tiga pihak dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Kongres Sekerja Kesatuan Kebangsaan (NTUC) dan kesatuan sekerja kerabatnya, Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), serta persatuan dan kelompok tiga pihak bagi industri lif dan tangga bergerak.

"Sedang penyenggaraan lif dan tangga bergerak ialah perkhidmatan penting yang dibenarkan terus beroperasi semasa tempoh pemutus litar, mana-mana amalan tidak mampan akan menjejas perkhidmatan lif dan tangga bergerak serta kesinambungan perniagaan penyedia khidmat," menurut kenyataan itu.

Oleh itu, pemilik lif dan tangga bergerak memainkan peranan penting dalam kemampanan industri lif dan tangga bergerak.

Mereka harus terus menjalankan penyenggaraan secara rutin untuk memastikan prestasi baik serta keselamatan.

"Ini khususnya penting bagi lif dan tangga bergerak di bangunan dengan akses awam, seperti pusat beli-belah dan hartanah perumahan," ujar kenyataan itu.

Selain itu, firma penyenggaraan harus dibayar seperti mengikut kontrak, jika tiada perubahan pada khidmat penyenggaraan.

"Khususnya, pemilik lif dan tangga bergerak tidak harus meminta bayaran kontrak dikurangkan atas dasar penyedia khidmat penyenggaraan lif dan tangga bergerak mereka menerima sokongan gaji menerusi Skim Sokongan Pekerjaan dipertingkat, yang bertujuan membantu perusahaan mengekalkan pekerja tempatan mereka dalam tempoh ketidaktentuan ekonomi ini," tambah kenyataan itu.

Jika terdapat perubahan ketara dalam perkhidmatan yang diberikan, pemilik lif dan tangga bergerak serta penyedia khidmat senggara harus mencapai persetujuan mengenai perubahan bayaran.

Sementara itu, pegawai penyenggaraan juga diingatkan supaya mematuhi langkah keselamatan berkaitan Covid-19, termasuk berada dalam keadaan sihat semasa dikerah, memakai pelitup dan sanitiser tangan, serta menjaga jarak selamat.

Firma penyenggaraan lif dan tangga bergerak juga boleh menimbangkan mengambil peluang ini untuk menghantar pekerja mereka, terutama dengan kerja yang berkurangan, menjalani latihan dan peningkatan kemahiran.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map