SOALAN (S): Dalam Pilihan Raya Presiden 2011 ada empat yang bertanding, empat Encik Tan, semua Cina. Ada yang berkata ia pilihan raya hangat dan contoh demokratik yang baik. Rakyat Singapura berpeluang mengundi, berpeluang melihat pelbagai calon bertanding. Apa kata anda?
PM: Saya rasa amat baik ada pertandingan tetapi ia harus pertandingan atas isu yang betul dan rakyat harus faham. Saya rasa masalah dalam Pilihan Raya 2011 ialah ramai calon yang tidak faham atau tidak terima tugas Presiden, peranan Perlembagaannya dan atas dasar apa beliau dipilih.