Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perlu tempah slot, tunjuk bukti vaksinasi untuk masuki Masjidil Haram

Oct 26, 2021 | 09:10 AM



 JEMAAH yang ingin memasuki Masjidil Haram di Makkah perlu menempah slot terlebih dahulu dan menunjukkan visa dan bukti vaksinasi penuh sebelum dibenarkan masuk.



Tempahan bagi slot solat atau umrah boleh dilakukan menerusi Biro Pelancongan dan Perjalanan Arab Saudi (STTB) bagi rombongan jemaah lebih besar.



Jemaah persendirian pula boleh menempah slot menggunakan aplikasi (app) Etamarna. Bilangan slot terhad dan anda akan diberitahu menerusi app sama ada berjaya menempah tempat.  



Semasa Berita Harian berada di Masjidil Haram sekitar 9 malam pada 26 Oktober (3 pagi waktu Singapura), jemaah kelihatan melaksanakan tawaf dan saie  dengan tenang dan teratur.



Namun, mereka tidak dibenarkan berhenti atau berkumpul di kawasan Kaabah dan semasa melaksanakan saie antara Safa dengan Marwah, dan pegawai masjid akan menggesa mereka beredar. 



Sebuah rombongan ejen pelancongan sedang mengadakan kunjungan enam hari ke Arab Saudi untuk mengkaji dan memerhati pelaksanaan protokol menjalankan umrah terkini di sana, dalam persiapan menyambung semula pakej haji dari Singapura ke Saudi yang dihentikan sejak pandemik menular.




 








Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >